Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Sunday 18 August 2013

Jalan-Jalan Cari Makan

Pantang ada kelapangan, pastinya akan dipenuhi dengan aktiviti bersama anak-anak. Kali ni kami ke Setia City Mall. Sejak adanya mall ni, kami dah tak perlu bergerak jauh lagi. Shopping raya hari tu pun kat sini jugak. Lebih mudah sebab dekat dengan Kuala Selangor kalau nak dibandingkan perlu ke Shah Alam atau jauh lagi dari tu. Lagipun, banyak tempat menarik ada di dalam mall ni. Nak shopping baju, cari makan, cari buku. MPH ada, Daiso ada, F.O.S ada. Lagi dekat lagi bagus, senang bawak anak-anak ni. Ok, acara makan-makan kali ini bertempat di Ichiban Boshi Japanese Restaurant. Selepas Sushi King hari tu, saya makin berani nak mencuba makanan Jepun ni. Tapi, macam biasalah nak cari nasi juga. Kiranya takut-takut beranilah tu sebab tak sentuh sushi pun. Haha. Jom layan gambar ni.

Gyu Teridon With Miso Soup


Kids Meal




Berkali-kali belek menu, akhirnya saya pilih untuk order Gyu Teridon iaitu nasi bersama daging dan Miso Soup. Saya sangat suka Miso Soup. Dulu saya pernah cuba buat, tapi rasanya tak sesedap yang ada di kedai. Tak taulah silap tang mana. Suami saya pulak order sushi, sebab dia memang suka. Sushi yang dipilihnya ialah Tuna Inari, Syabu-syabu Salmon dan Jyo Unagi. Saya pandang aje sekilas, tekak tak terasa nak mencuba pun. Tak sangka ada kids meal rupanya di sini. So, sangat senanglah untuk kami pilih makanan budak-budak ni. Suami saya pilih 2 set kids meal yang platenya macam aeroplane. Di dalamnya ada 1air vitagen, sosej, nugget, udon, ebiko sushi dan egg sushi. Ada salad sikit. Mi udon tu sedap! Secara keseluruhannya, semuanya sedap sebab saya masa tu memang tengah lapar. Haha.

Yeay! Kasut baru!
Yeay! Sempat pulak papa beli kasut baru untuk anak-anak. Untuk mamanya, tengok ajelah ya. Haha. Perut dah kenyangkan, so cukuplah tu walaupun di mataku waktu tu ada banyak kasut yang berkenan di hati. Takpe, simpan aje. Mana tau ada rezeki lain kali dapatlah kasut baru.


Sempat juga singgal di Planet Popcorn. Dulu pernah beli perisa Karamel. Kali ni singgah beli perisa lain pulak, Kimchi dan Seaweed. Selain dari tu sebab nak dapatkan cop redeem tu. Nanti next time boleh dapat free 1 pack bila cukup 5 cop tu. Rasa yang Kimchi tu best sikit sebab masam-masam pedas. Seaweed pulak rasanya lebih kurang macam Seaweed biasa tu aje tapi sedap. Adalah sikit-sikit macam Tao Kae Noi.

So, next time kita nak cuba makanan apa pulak yer?

7 comments:

  1. bestnya , nak sangat makan makanan jepun ni , tapi tu la ta berani lagi . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom shereen, saya x sabar nak cuba lagi yg lain pulak. hehe

      Delete
  2. salam kak.. wahhhh mcm bes je gyu teridon tu !
    ana pernah la try shushi king sekali. tu pon
    sbb mmber paksa ajak try mkn japanese shushi ni.
    not bad jugak la sbb die rekemen shushi yg kena
    dgn tekak gak la ms tu hehe




    slm kenal & slm aidilfitri kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, sedap dik. Rasa mcm daging msk kicap haha. Akak pun sbb mkn sushi king hari tu la, trus rse nk cuba yg lain pulak...hehe

      Delete
    2. eh, salam kenal dan salam aidilfitri gak yer...

      Delete
  3. seronoknya g setia mall tapi tak pernah pergi lagi walaupun duk kat sec 7.. nanti nak pergi la..


    My recent post : Coolkan Blog Dengan CoolBlog

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok gak sbb dkt ngn umah...huhu...dah xpyh nk jalan jauh

      Delete