Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Friday 18 December 2015

Selangor Agrofest 17-20 Dec 2015|Stadium Kuala Selangor Part 1


Jom ramai-ramai ke Stadium Kuala Selangor bagi memeriahkan lagi acara Selangor Agrofest 2015 yang sedang berlangsung dari 17-20 Dec 2015. Masuk adalah PERCUMA! Pelbagai aktiviti menarik diadakan di sini. Saya sempat ke sini pagi tadi dan insyaAllah akan ke sini lagi pada hari penutup. Jom layan gambar dan tengok apa yang menarik di sini.













Sampai saja anak-anak terus menjerit nak tengok lembu!!! Haha! Ini memang tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak beriadah. Oh ya, kalau nak bermain dan memberi makan arnab tu kena bayar ya. RM3 seorang + percuma sepeket carrot. Kanak-kanak bawah 2 tahun masuk percuma. Anak saya memang semua suka rabbit.












Di bahagian perikanan pun best siap ada penyu lagi. Masa saya pergi sedang diadakan pertandingan memancing udang galah.












Saya paling suka bahagian Jabatan Pertanian. Rasa best aje tengok sayur tu semua. Saya ni kalau tanam apapun selalunya tak sempat membesar dah mati. Sedih!



Iya, aiskrim diberikan secara PERCUMA bukan saja untuk kanak-kanak malah untuk orang dewasa. Sedap! Saya doakan perniagaan mereka terus maju dan diberkati. Moga terus dimurahkan rezeki. Mari kita tengok aturcara majlis sehingga hari penutup.

Selangor AgroFest (SAF) 2015

》17-20 Dis 2015
》Khamis hingga Ahad
》Perkarangan Stadium Kuala Selangor.

Program2 Utama:
Pameran Pertanian / penternakan / booth2 agensi / gerai2 jualan/

17 Disember (Khamis)
=================
1) 10.00pg - Juara Chef Selangor

2) 8.00mlm - Sembang Santai Selebriti
Panel:
- Ustaz Zamri Zainuldin
- PU Merico
- Bunyamin Omar

18 Disember (Jumaat)
==================

3) 10.00pg - Tanyalah Ustazah Bersama Ustazah Zawiah & Salima Habibi

4) 3.00 ptg - JELAJAH PIALA MALAYSIA @ SAF 2015

Persembahan Rakyat (Tarian Singa dan Gendang India)

5) 5.00ptg - Majlis Penyerahan Skim Mesra Usia Emas Daerah Kuala Selangor

6) 7.30 malam - Kuala Selangor Berselawat (

7) 9.00 mlm - Tazkirah + Busking (Tazking)
Panel:
- Ustaz Yusri Karim
- UNIC
- Ijam Medicine
- Buskers Assalam

19 Disember (Sabtu)
=================
8) 9.00pg - Treasure Hunt 'Cabaran Pertanian'

9) 10.00pg - Sembang Usahawan Muda

10) 2.00ptg - Majlis Perasmian Oleh YB. Hj. Zaidy Abdul Talib
(Persembahan silat)

11) 5.00ptg - Persembahan Rakyat
(Kompang 3 / Marhaban barzanji)

* 2.00 pm - 6.30 pm Pocket event
🏽 Motor berhalangan kon ( time attack)
🏽 Sepak raga bulatan

12) 5.00ptg - Demostrasi Bomba & PDRM

13) 8.00mlm - Konsert Gua Rock, Aku Pop...
Artis:
- Mel Wings
- Adam Corrie
- Ustaz Robby
- Ustaz Kamil Sidek

20 Disember (Ahad)
================

14) 8.00pg - Saf Fun Ride @ Kuala Selangor

🏼Tarik tali (7 sebelah)

15) 9.30pg - Pertandingan Kucingku Peringkat Negeri Selangor.

16) 9.30pg - Pertandingan Mewarna

17) 11.00pg - Kuliah Dhuha Bersama Sahibus Samahah Dr. Zolkifli Albakri (Mufti Wilayah Persekutuan)

18) 2.00ptg - Celoteh Dapur Bersama Ustaz Halim Hafidz & Chef Mohd Zain 'Membina Ummah Bermula Dari Dapur'

*2.00 pm- 🏼Pertandingan Motor lambat

19) 4.00ptg - Back to School

20) 5.00ptg - Pesta Makan Buah-Buahan Tempatan & Produk Pertanian Negeri Selangor.

(MAJLIS PENUTUP)



InsyaAllah kami akan datang lagi pada hari penutup nanti. Jom semua datang beramai-ramai!

2 comments:

  1. Nampak menarik.... Lama tak bermain dan beri makan dekat Arnab.... :)

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya,comel lembu,comell arnab,comel kucing :-)

    ReplyDelete