Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Tuesday 19 August 2014

Lamanya Menyepi! Ke Mana???

Salam semua...

Lamanya tak menjenguk blog ni, rasa rindu sangat. Berehat sekejap dari bulan April hari tu. Menjahit pun stop sekejap. Sebab apa ya? Hehehe. Mabuk-mabuk lah punya pasal huhuhu. InsyaAllah bulan Dec nanti akan ada ahli baru dalam keluarga saya. Alhamdulilllah.

Sekarang dah rasa bertambah sihat, insyaAllah akan mula menjahit balik. Dah lama tak ada produk baru ni. Itulah dalam senyap-senyap, dikejutkan pula dengan berita mengenai bisnes online saya yang keluar dalam majalah baru terbitan Ana Muslim. Majalah yang baru sahaja memasuki edisi ketiga itu diberi nama Majalah Aisyah.



Kepada sesiapa yang berminat nak mengetahui cerita saya dalam ni dengan lebih lanjut, bolehlah mendapatkan majalah ni yang edisi kedua punya. Cover depan Heliza Helmi.

Bulan June yang lepas pun ada keluar jugak untuk Majalah Dara tapi untuk kolum Jari Seni. Saya lupa nak upload kat sini, kat blog craft saya yang satu lagi tu ada upload. Takpelah, alang-alang dah rajin ni saya upload lagilah hehe walaupun dah lepas.



Alhamdulillah, masuk ni dah kali ke 3 bisnes online saya dapat muncul di media cetak. Rasa berbangga sangat sebab tak sangka dapat merasa pengalaman semua ni. Memang ni impian saya sejak memulakan bisnes yang pada asalnya hanya hobi. Saya nak orang tau apa yang saya buat.

Syukur alhamdulillah...