Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Monday, 21 December 2015

Selangor Agrofest 17-20 Dec 2015|Stadium Kuala Selangor Part 2



Kami kembali lagi ke hari terakhir Agrofest untuk 2 acara ni. Abang dan kakak nak join pertandingan mewarna. Adik pulak nak tengok meow. So mama, lets go!



Kesian adik tak dapat join sebab tak cukup umur hehe
Ramai jugak peserta
Pertandingan mewarna diadakan di bahagian luar stadium, bawah khemah. Cuaca agak redup selepas hujan pagi tu. Saya tinggalkan anak-anak sekejap dan masuk ke dalam stadium tertutup untuk melihat pula pertandingan kucing.

Penganjur tengah set up 



Penganjur tengah set up semua and peserta pun kebanyakannya baru sampai untuk mendaftar. Semua tengah masukkan kucing masing-masing dalam cage yang disediakan. Saya keluar sekejap tengok anak-anak dah siap ke belum mewarna.



Emmm...bolehlah nak daripada tak mewarna langsung haha. Settle anak-anak hantar lukisan semua terus masuk dalam stadium balik.












Comel kan kucing tu semua! Tak dapat nak snap semua gambar kucing yang bertanding. Kami pun tak tengok pertandingan tu sampai habis, tak tau yang mana menang. Anak-anak mintak keluar nak tengok ular. Dalam stadium pun masa tu dah mula ramai orang so kami pun keluar.

Taraaaaaaa!!!
Aktiviti terakhir sebelum balik rumah! Yeay dapat jugak jumpa ular! Tapi tak cukup genglah hehe. Kakak tak mau bergambar dengan ular, geli katanya. Jom balik!!!

2 comments:

  1. Semalam Zara pegi jugak agrofest nie,tapi tak de pulak jumpe ular...nampak sangat tak pusing habis..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Siap ade cat show lg la. Best nye. Hehe

    ReplyDelete