Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Monday 23 December 2013

Featured : Metro Ahad 22 Dec 2013



Alhamdulillah, salah satu wishlist saya tercapai juga untuk tahun 2013. Misi berjaya! Selama hampir 3 tahun terlibat dalam perniagaan handmade secara online, ini adalah kali pertama jenama handmade saya dipaparkan dalam media cetak. Terima kasih kepada wartawan Nurul Husna Mahmud kerana sudi memberi saya peluang berharga ni.

Siapa sangka, seorang yang dahulunya tidak tahu dan tidak minat menjahit boleh pergi sejauh ini. Bila mengenangkan semula titik mula semua ni memang boleh buat saya tersengih-sengih sendiri. Minat ini dicipta secara kebetulan, secara tak sengaja. Saya tak pernah terfikir akan terjun ke dalam bidang jahitan yang merupakan impian arwah ibu untuk saya.

Semuanya kebetulan yang direncanakan olehNya. Syukur alhamdulillah. Sokongan suami yang tak pernah putus-putus menyuntik semangat untuk saya.

Apapun cita-cita kita, apapun bidang yang kita ceburi...tetapkan niat semuanya kerana Allah Taala. Kita jatuh bangun, berjaya, semua itu dengan izin Allah. Jangan lupakan DIA. Susah ingat DIA, senang juga ingat DIA...

Jangan lupa janji kita ya. Jumpa saya di Subang Parade 29 Dec nanti.


SEE U THERE!!!

Tuesday 10 December 2013

Demam The Inheritors Bakal Berakhir!


Ada yang mengikuti drama Korea The Inheritors tak kat sini? Huwaa...macam tak percaya aje lagi 2 episod dah nak habis dah cerita ni. Siapa yang tengok di tv, cerita ni masih bersiaran. Im gonna miss this drama... Kim Tan, Eun Sang, Young Do... Dan semua watak-watak yang ada. Ikutkan saya ni bukanlah die hard fan k-pop ke apa... Saya suka romantic comedy drama dan suka lagu OST. Mula-mula jatuh hati lepas tengok Cheongdamdong Alice, lepas tu mulalah menjejaki drama dan filem yang lain.

Macam biasa, mungkin jalan cerita agak cliche, cinta si kaya dan si miskin yang terhalang dek perbezaan darjat. Tapi, pada saya it was ok...sebab pelakon comel-comel...hehehe...


Dalam cerita ni saya paling suka dengan Park Shin Hye. Wataknya selalu lemah lembut. Orangnya pun memang nampak lembut aje. Suka sangat. Memang minat dia.



Lagu latar blog pun dah ditukar ke OST Instrumental cerita ni... feeling sangat hehe... pada yang belum mengikuti cerita ni, jom tengok!

Big Bad Wolf Book Sale 2013! Awesome!


Akhirnya semalam (9 Dec) dapat jugak saya menjejakkan kaki di Big Bad Wolf Book Sale!!! Waaa...rasa nak tercabut kepala lutut ni haa... Sebab banyak sangat buku yang best dengan harga yang super best. Saya datang dengan family dan anak-anak. Sampai sana dekat nak tengahari. Tapi, orangnya boleh tahan ramai jugak.


Misi saya macam biasalah terus menuju ke section art & craft untuk mencari buku jahit. Agak menghampakan sebab tak banyak buku jahit. Masa mula-mula round memang saya tak jumpa langsung buku yang saya cari tu. Kebanyakannya banyak tentang scrapbook, painting, beading, quilt dan knit. Saya terus pergi kat tempat lain. Dah nak balik tu saya tak puas hati, saya patah balik ke art & craft dan akhirnya jumpa 1 buku jahit yang agak menarik.


Saya terus ambik 2 buah. Saja ambik extra sebab nak let go pada yang berminat. Buku tu pun dah selamat dijual dan akan dipos ke tuannya hari ni. Kat belakang buku ni siap ada template sekali. Memang suka sangat sebab harganya cuma RM15.


Buku internet marketing ni pun agak menarik juga. Saya terus sambar aje. Memang berbaloi ke sini, bersesak-sesak untuk mendapatkan buku idaman dengan harga yang tak terjangkau di fikiran. Tapi, saya ambik buku yang saya perlu saja. Agak-agak saya tak baca tu saya tak ambik walaupun harganya murah.


Nilah hasil tangkapan kesemua buku. Bernilai lebih kurang RM300. Memang berbaloi. So, pada yang belum pergi tu boleh pergi yer. Jualan berlangsung dari 6 Dec-15 Dec 2013 di MIECC@The Mines.


Yeay!!! Selamat membaca!

Sunday 8 December 2013

Kesibukan Melanda Dan Debaran 29 Dec!!!!

Hai uols! Serius lama gila saya tak update blog ni. Lepas cerita anak saya kena simen tangan hari tu terus saya senyap aje kan. Huhu. Macam-macam hal berlaku. Apapun, anak saya dah sihat seperti sediakala. Semuanya okay. Lepas tu saya pulak sibuk dengan persediaan untuk bazaar. Saya join I Love Bazaar di Subang Parade pada 29 Dec 2013 ni. So memang 3 bulan kebelakangan ni saya sibuk sangat menyiapkan readymade untuk handmade saya. Ni kiranya 1st time saya akan join bazaar secara solo. Nervous!!! But excited! Sekarang, semua barang-barang dah pun siap sepenuhnya. Cuma, tinggal nak touch up sikit-sikit aje lagi. Berdebar-debar nak tunggu masanya. Jom tengok barang apa yang akan saya jual nanti.








Inilah antara barangan yang akan saya jual di bazaar nanti. Jangan lupa datang ya! Boleh kita jumpa-jumpa ke. Semua ni handmade by me, saya jahit sendiri dengan penuh kasih sayang. Chehwah!

Klik gambar ni untuk lebih jelas

Oh ya, saya di booth 51 ya. See u soon!

Friday 6 September 2013

Malang Tak Berbau Part 2

Part 2???

Iya...kisah hari tu rupanya ada sambungan. Sungguh, bila malang tu tak berbau, memang saya tak sangka perkara ni akan berlaku. Selepas seminggu kejadian anak saya jatuh di sekolah hari tu, boleh rujuk SINI untuk tau lebih lanjut. Anak saya sekali lagi ditimpa musibah, jatuh buat kali kedua dan terkena di tangan yang sama. Jika sebelum ini hanya terseliuh, kali ini retak 2 tulang siku. Macam mana boleh jatuh lagi? Di tempat yang sama pulak tu??? Kenapalah tak jaga anak elok-elok sampai boleh jatuh lagi?

Kisahnya bermula petang 4 Sept lalu. Saya pakaikan anak saya inai. Dek kerana terlalu excited, anak saya pergi berlari ke rumah jiran sebab nak tunjuk inai. Masa tu jiran tengah cuci lantai. Anak saya dengan tak bagi salam, tak bagi signal terus gedebuk jatuh. Saya tak tau dia jatuh macam mana sebab dia balik ke rumah pun dah menangis. Memang dah banyak kali dah saya pesan kalau pergi rumah orang tu bagi salam dulu dan inform saya kalau nak ke mana-mana. Kadang-kadang dia terlupa dan inilah balasannya.

Ayah mertua saya terus bawak dia ke klinik dan x-ray. Doktor sahkan ada 1 keretakan di tulang siku dan perlu segera di bawa ke hospital untuk kes kecemasan. Kalau tanya perasaan saya masa tu, memang kalut. Dalam kalut-kalut saya terus whatsapp suami saya yang sekarang tengah bertugas di Australia. Suami terus arahkan bawa ke KPJ. Saya dan ayah mertua bawa ke KPJ Klang memandangkan itu yang paling dekat.



 Sampai saja di sana, selepas register dan mereka check semula keputusan x-ray. Setelah diteliti semula, sebenarnya ada 2 keretakan. Kena tunggu apa kata pakar sama ada perlu dioperate atau cuma simen. Alhamdulillah, tidak perlu dioperate dan hanya perlu pakai simen selama lebih kurang 3 minggu untuk merehatkan kembali keadaan tangan. Tapi, apapun anak saya kena admit. 



Menjelang pukul 10 malam, akhirnya anak saya pun tidur. Doktor Sim Chaw Shian yang merawatnya tak sampai hati nak kejut dia sebab nak simen di tingkat bawah, terus bawak semua peralatan dan simenkan tangan anak saya di atas katil. Thanks doc! Malam tu ayah mertua saya temankan anak sebab saya perlu balik tengok anak-anak yang ditinggalkan dengan mak mertua.

Main kat playroom
Esok paginya saya datang melawat terus nampak dia bersemangat. Tengoklah tu berusaha nak main jugak. Nama pun budak-budak kan.

Tangkap gambar curi...haha
Masa nak pergi breakfast kat cafeteria tu nampak ada orang tengah sibuk-sibuk shooting. Saya pun apalagi terus intai-intai manalah heronya kut-kut Aaron Aziz ke hehe. Rupanya tu dia aih boipren Cik Ta! Putih uolss...pakai sabun buah binjai yerk...haha. Tapi, tulah bawak budak-budak ni boleh pulak si abang ni buat bising kat situ terus krew tu angkat jari mintak tolong senyap. Aih, terpaksalah maknya suruh 'anak-anak, sila diam, orang nak berlakon tu haa...'

Cinonet aje gambarnya sebab saya tangkap curi-curi dari jauh. Jadilah kan. Huhu.

Comey aje anduh angry bird
Be creative dan contenglah puas-puas ye
Anak saya pun dah selamat pulang ke rumah dan akan berehat untuk menyembuhkan tangan sebelum simen dibuka semula pada 27 sept ni. Cakap aje berehat tapi budak ni balik dah naik basikal dah pun. Apa daya saya nak larang? Takkan saya nak ikat dia tak bagi bergerak kut? Itu dah kira mendera.

Sepanjang 5 tahun usia perkahwinan saya, selama ada anak-anak...apapun musibah yang menimpa anak-anak, suami tak pernah sekali pun menyalahkan saya selaku ibu dan isteri, perkataan 'cuai' tidak pernah keluar dari mulutnya untuk meletakkan semua kesalahan di bahu saya...tidak ada satu ibu dalam dunia ni yang nak perkara buruk menimpa anak2.

Terima kasih kepada suami kerana selalu menjadi seorang suami yang memahami. Terima kasih juga kepada ibu dan bapa mertua yang selalu memberi sokongan di saat saya jauh dari suami dan keluarga sendiri.

Pesanan saya, jangan judge suatu situasi mngikut tekaan sendiri dan usah berkalau-kalau...Allah dah susun siap-siap...ini pelajaran untuk kami dan ini pengajaran untuk kalian...

Jika engkau tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, "Seandainya aku berbuat begini dan begitu, niscaya hasilnya akan lain." Akan tetapi katakanlah, "Allah telah mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia Perbuat." Sebab, mengandai-andai itu membuka pintu setan." (HR. Muslim)

Pemenang 'Meriahnya Raya' Photo Contest 2013

Berakhirnya Syawal maka berakhirlah juga Photo Raya Contest yang saya anjurkan sebelum ini. Keputusan pemenang juga sudah dikeluarkan 3 hari yang lalu, namun baru hari ni saya sempat nak update. Macam-macam hal berlaku, apapun tahniah pada semua pemenang dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta yang sudi memeriahkan contest saya yang tak seberapa ni. Ada rezeki dan umur yang panjang, saya buat lagi next year ye. Berikut ialah gambar 3 peserta yang memenangi contest ini.


Asemarina Binti Bohori, Bidor, Perak.
Keputusan : 52 LIKE


Mona Binti Sunni, Banting, Selangor
Keputusan : 43 LIKE


Roszylawaty Zam, Kampar, Perak
Keputusan :  30 LIKE

Secara kebetulan, kesemua pemenang merupakan kenalan saya. Tahniah sekali lagi diucapkan buat semua. Kesemua mereka berjaya memenangi hadiah berupa :

Embroidery Baby Bath Towel x 2
Original Facial Treatment Mask SKII x 1

Kesemua hadiah sudah pun dipos kepada pemenang. Tahniah!

Tuesday 3 September 2013

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^

Ada Apa Dengan 20 Sen?

Amboi tajuk! Dah macam tajuk filem ada apa dengan cinta pulak...hehe. Sebut pasal 20 sen hari memang semua boleh agaklah kan sebab apa? Sebab apa lagi kalau bukan pasal minyak. Bukan minyak angin, bukan minyak masak...tapi minyak yang kita duk isi dalam kenderaan kita tu! Minyak yang tak boleh nak digantikan dengan air kalau nak bagi dia bergerak. Hebat betul perang status malam tadi di FB...sehebat mereka yang beratur mengisi minyak sebelum kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter. (SUMBER)


Tak kurang juga yang gagah berdebat tentang apa sangatlah kenaikan 20 sen itu kalau nak dibandingkan dengan harga rokok dan harga smartphone yang rata-rata dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Mengutuk pula ramainya yang sanggup beratur mengisi minyak malam tadi untuk mengelakkan kenaikan, padahal bukannya mampu bertahan sampai setahun pun!

Tahukah kita, atau terfikirkah kita, yang mereka beratur malam tadi itu mampu menampung usaha pencarian rezeki mereka untuk beberapa hari lagi dengan satu penjimatan. Kita mungkin fikir, tindakan itu nonsense kerana hari ini kenaikan harga itu telah pun berlaku dan tak siapa mampu mengelak lagi.

Impak kenaikan? Harga barang keperluan harian juga akan turut naik dengan alasan kos pengangkutan naik. Di mata kasar kita memang hanya 20 sen, hanya itu. Tapi, perjalanannya untuk sebulan, setahun dan seterusnya? Hanya mereka yang mengalami lebih memahami.

Saya meminjam status update FB sahabat saya yang menulis begini :

"Begitu mudah orang komen supaya tambah pendapatan untuk mengatasi sebarang kenaikan. Astaghfirullah.. tiadakah rasa empati kepada golongan marhaen yang bertungkus lumus untuk memastikan gaji bulan lepas masih berbaki sepuluh sen dalam poket sebelum gaji akan datang?

Bukan semua orang rezeki datang bergolek."

Berhati-hatilah dalam menyusun kata. Anda mungkin diberi kesenangan dan kemudahan pada hari ini. Tapi, itu tidak memberikan hak kepada anda untuk merendahkan golongan lain yang kurang bernasib baik. Jika kita tak merasa apa-apa dengan pergolakan ekonomi, jangan sangka orang lain juga sama seperti kita. Peritnya mereka, hanya DIA yang lebih mengetahui.  

Saya? Hanya seorang surirumah, yang tidak berkerja dan tidak memiliki kenderaan sendiri. Mengapa saya perlu sibuk tentang hal ini? Saya memang surirumah, tapi jangan lupa bahawa saya juga pengurus rumahtangga, mengurus hal di rumah, juga menjaga kewangan keluarga semasa ketiadaan suami, memandu kenderaan suami untuk urusan keluarga seharian. Semestinya, hal ini ada kaitannya dengan saya. 


Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci
Kerajaan Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak
mampu bayar. ...
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk
terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar
pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga
metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki? Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh
wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si Sarjana Muda.
Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun Master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas
mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak
hilang perikemanusiaan.

Monday 2 September 2013

Breaststroke

Alhamdulillah, selepas cuti raya hari tu saya dah pun memulakan kelas renang bersama Mai Swim di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Saya dah mulakan 2 kali kelas dan sekarang dah masuk bab stroke. Boleh baca di SINI untuk entry lepas pasal kelas ni. Rasa macam tak percaya aje sebab saya cukup risau tentang water confident saya. Saya risau kelas saya tu akan banyak menghabiskan masa di water confident aje. Tak sangka, dalam kelas pertama aje saya dah boleh mula belajar stroke. Sebab saya ni memang takut air...huhu. Saya rasa sangat bersyukur sebab berjaya mengatasi rasa takut di dalam air. Terima kasih kepada suami kerana inilah hobi baru saya! Memang memenatkan tapi its fun! Belum pandai berenang lagi dah seronok tau.



So, sekarang saya tengah belajar leg kick technique untuk breaststroke iaitu teknik renang gaya dada. Renang gaya katak tau tak sebab gayanya memang serupa macam katak tengah berenang. Mula-mula tu agak frust sebab iya la kan baru lagi belajar. Saya perlu banyakkan latihan untuk membiasakan diri dengan pergerakan kaki dahulu sebelum masuk bab pergerakan tangan. Menurut coach saya, katanya apabila sudah biasa dengan kaki, nanti akan lebih mudah bila nak masuk pergerakan tangan.

Tapi, tulah masa agak terhad untuk saya banyak berlatih. Biasanya lepas habis kelas, saya akan sambung berlatih dalam satu jam lagi sebelum balik. Lepas tu saya akan tunggu next week punya kelas. Saya ambil kelas untuk sekali dalam seminggu. Tetiba rasa nak buat kolam renang kat rumah ni. Nak buat kat mana? Atas bumbung? Haha. Mana ada ruang dah untuk rumah teres ni. Lainlah kalau rumah lot tepi ke kan. Huhu.

Saya pun banyakkan berlatih di rumah secara dry exercise. Berlatih kat hujung sofa bed lagi! Haha. Bolehlah kira macam bersenam biasa tu. Jadi, saya banyakkan tengok video di Youtube. Ulang-ulang dan cuba faham. Cari tips dari blog. Blog yang baru saja saya jumpa ni memang menarik, masa saya baru nak mula dalam berenang ni la. Ianya ringkas dan mudah faham. Pada sesiapa yang nak tips renang tu bolehlah klik link di bawah ni :


Bolehlah google untuk lebih banyak lagi tips dari blog yang lain. Ok, nanti saya akan kongsi lagi untuk kelas yang seterusnya. Thanks pada yang sudi baca.

Jom Reset Menu!


Hah! Bukan minda aje yang perlu direset, menu seharian pun perlu direset ok. Inilah gambar menu sarapan saya yang baru. Nampak macam menu diet orang nak kurus aje kan. Haha. Nope! Bukan! Tukar menu bukan sebab nak kurus tapi sebab nak SIHAT. Saya ni kalau sarapan mesti nak nasi lemak dan apa saja bentuk sarapan yang berat-berat. Nasi lemak pulak biasanya mesti saiz L (macam baju pulak!), dan mesti ada macam-macam hiasan lain bagi tambah menarik dan menyelerakan. Letak seketul ayam masak merah (nak peha ya), letak telur rebus sebijik. Perghh! Sedap tul!. Tapi, kalau dah hari-hari nasi lemak? Weh! Boleh naik lemak macam tu! Ish...no, no! Bukannya saya nak berhenti terus dari makan nasi lemak...cuma nak kurangkan. Mungkin boleh makan seminggu tu dua kali ke kan. So, sebagai penggantinya saya akan mulakan dengan sarapan lain, selain nasi lemak. Kita ada banyak lagi jenis makanan kan. Tinggal pilih aje.

Saya juga nak kurangkan makanan fast food, makan minum benda yang manis-manis, dan juga makanan bergoreng. Semua tu makanan kegemaran saya. Ni jerawat berlumba-lumba lari keluar macam sukan olimpik aje! Emm...kena ubah cara pemakanan. Tak boleh jadi ni.

Saya perlukan menu yang sihat untuk kesihatan yang baik. Saya ni kalau dapat nak gemuk sikit pun takpe, yang penting sihat. Kalau nak tau, arwah mak saya ada kencing manis dan abah saya ada darah tinggi. Jadi, keturunan saya ada penyakit-penyakit seperti tu. Jadi, mulai sekarang memang kena jaga pemakanan.

Gambar tahun 2003, masa form 6
Gambar kahwin tahun 2008
Gambar terkini, tahun 2013
Kalau tengok pada ketiga-tiga gambar ni pun, memang jelas bukan kurus yang saya cari. Haha. Cuma saya tak mau di kemudian hari nanti, saya kurus dan berpenyakit. Sebab keturunan keluarga saya ada penyakit 3 serangkai tu, so ada baiknya kita mencegah kerana mencegah itu lebih baik dari merawat. Kan?


So, boleh tak kongsikan menu sihat korang? Menu sihat bagaimana yang korang amalkan dalam pemakanan seharian? Kalau ada link untuk website yang bagus tentang ni pun boleh la share dengan saya ye...

Thanks semua sudi baca...

Sunday 1 September 2013

Malang Tak Berbau

Cerita dah lama, baru hari ni dapat nak update. Ni namanya mama yang super busy. Huhu. Nak cerita pasal anak saya yang ikut rombongan sekolah dia iaitu Pasti Al-Munir, Bandar Malawati, Kuala Selangor. Tak pergi jauh pun, pergi Zoo Negara aje. Tapi, untuk anak-anak, keseronokan diorang bukan diukur dari jarak dekat ke jauh suatu tempat tu. Dapat berjalan ramai-ramai macam ni pun dah cukup fun kan. Cuma, kenapa tajuk entry ni tak berapa nak fun? Emm...tunggu sehingga ke akhir rancangan! (Suspen! Macam dalam tibi aje. Huhu)


Bertolak dari sekolah seawal jam 8.30 pagi. Kena berkumpul pukul 7.30 pagi, tapi biasalah kena tunggu lebih awal kan. Anak saya memang super excited. Termasuklah mama dia, sebab tu mama dia pun follow sekali. Huhu. Masa tu hujan, tapi tak lebat sangat. Kami follow naik kereta berasingan, kesian kat anak saya no.2 ni menangis nak ikut (padahal mama dia yang nak ikut sangat!).


Mula-mula saya agak pelik jugak kenapa rombongan ni buat hari khamis, kenapa tak pergi weekend ke. Kan lagi best pergi masa cuti. Then, saya agak bukan mudah nak handle anak-anak yang ramai ni ok. Masa sampai sana tu ada lebih kurang 4 buah bas yang juga membawa rombongan tadika lain. So, memang sangat meriah. Jangkaan saya silap yang mengatakan zoo tak meriah pada hari biasa. Sebab, masa tu ada juga pelancong-pelancong lain yang kebanyakannya macam dari Arab aje, sebab nampak ramai yang berniqab.



Kami terus pergi tengok show, cute kan anjing laut tu! Huhu. Syok sangat and penuh suspen. Saya pulak terlebih seronok mengalahkan bebudak. Huhu...


Haa...ramai kan kat show tu? Padahal baru lepas hujan tu. Tempat duduk semua basah, nasib baik saya ni jenis suka bawak tuala extra. Haha. Ada anak kecik ni memang biasalah kalau bawak benda-benda extra ni. In case terjadi perkara-perkara yang luar dari kebiasaan.


Shopping madu sambil tengok lebah yang boleh dipegang ni. Saya tak pegang pun. Hehe. So, tengok gambar semuanya okay aje, apa yang malangnya? Emm...


Malang memang tak berbau, kalau berbau senanglah kita nak berjaga-jaga. Anak saya terjatuh masa bermain dengan kawannya. Masa tu dah sampai di sekolah, tengah tunggu suami saya datang nak jemput. Suami saya kata, masa sampai tu dia memang dah jatuh dan tengah meraung-raung. Malam tu jugak kami jemput tukang urut datang rumah dan mintak tengokkan tangan anak saya. Mujur juga adik ipar saya yang bakal doktor tu ada di rumah, dia pun tengokkan sekali. Katanya nampak macam terseliuh.

Esoknya baru suami bawa anak saya ke klinik dan x-ray, alhamdulillah tangannya tak patah. Cuma, terseliuh dan perlu banyak berehat. So, sekarang anak saya kena banyak berehat di rumah. Bila terjadi perkara macam ni terutamanya di sekolah, kita sebagai ibu bapa memang cukup risau. Bukan mudah nak mengawal anak-anak ni di sekolah. Ini juga satu pengajaran untuk anak saya supaya lepas ni belajar duduk diam-diam sikit. Haha. Kita tak boleh nak salahkan cikgu kerana gagal menjaga anak kita, kerana kita sendiri tau keadaannya bagaimana (untuk kes macam sayalah)...dan saya sendiri tau perangai anak saya ni macam mana. Di rumah pun saya kadang-kadang pening dengan dia, apalagi di sekolah. Jadi, jangan terlalu cepat menuding jari menyalahkan guru yang mendidik. Syukur alhamdulillah tidak ada apa yang serius. Kesakitan ini juga boleh menjadi satu pengajaran dan pengalaman untuk anak kita.