Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Saturday 13 April 2013

Malang Tidak Berbau



Kejadian ni dah lama berlaku, tapi baru sekarang saya ada kesempatan nak berkongsi dengan korang semua. Pada bulan Feb yang lalu, anak saya yang kedua telah dimasukkan ke hospital kerana terdapat benda asing tersekat di lubang hidung sebelah kanan. Boleh tengok kat gambar di atas. Manik berwarna biru tu yang ada dalam lubang hidung anak saya. Memang menakutkan!

Kejadian berlaku sekitar lewat petang, anak saya datang mengadu pada saya yang hidungnya sakit. Dia suruh saya korek hidung dia. Buat pengetahuan semua, anak saya berusia 3 tahun. Suami saya pun terus suluh lubang hidung dia dan nampak ada benda berwarna biru. Apalagi, terus bawa ke klinik. Tapi, doktor sarankan supaya terus bawa ke hospital kerana mereka tak berani nak mengorek keluar benda tu dalam keadaan anak saya masih sedar. Bimbang boleh melukakan bahagian hidung.

Suami terus bawa ke KPJ Selangor. Saya ikut dengan lenggang kangkung aje sebab ingatkan nak pergi hospital yang dekat dengan rumah aje. Rupanya suami bimbang kalau kena tahan di wad, kesiankan saya dan anak saya yang kecik tu, berusia 4 bulan. Syukur alhamdulillah, terharu rasanya. 


Memang betul kami kena tahan di wad. Sebab anak saya perlu dibius pada awal agi esoknya untuk mengeluarkan manik tu. Jadi malam tu saya bermalam di hospital. Sebenarnya, kejadian seperti ini pernah berlaku pada saya masa saya umur 4 tahun. Hehe...macam sejarah berulang pulak.

Macam mana manik tu boleh masuk kat dalam hidung anak? Cuai. Iya, apabila berlakunya kejadian seumpama ini, tak kisahlah barang masuk hidung ke, anak luka sana sini ke, ibu akan dikatakan cuai. Terutamanya surirumah seperti saya. Masa yang sememangnya banyak dihabiskan dengan berada di rumah bersama anak tapi boleh mengakibatkan kecuaian seperti ini. Manik itu juga semestinya akan dikaitkan dengan hobi saya dalam craft walaupun saya bukan tukang jahit manik.

Pada awalnya saya memang terasa hati. Lama-kelamaan, saya terima saja pelbagai kritikan dengan hati yang terbuka. Saya akui, saya cuai. Cuma, ingin saya tegaskan dan jelaskan di sini, jangan memandang rendah dengan surirumah. Surirumah bukanlah semata-mata perkataan suri di dalam rumah. Ianya lebih dari itu. Mampukah seorang ibu di rumah untuk memantau 24 jam aktiviti anak-anak? Kecuaian juga boleh berlaku pada siapa jua walaupun kepada seorang doktor. Ubahlah persepsi kita. Jangan terlalu mudah menuding jari apabila melihat sesuatu perkara yang kita tidak suka.

Ibu bapa mana yang menginginkan kejadian seperti ini menimpa anak mereka? Siapa yang nak? Tak siapa pun yang nak dan rela kan? Kita manusia biasa, yang tak mampu lari dari kesilapan. 

Pengalaman ini menjadikan kami sebagai ibu bapa untuk lebih berhati-hati dan menjadi satu pelajaran berharga untuk anak kami.

Sekadar Hiasan...hehehe