Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Friday 28 December 2012

Buah Hati Pengarang Jantung




Inilah anak-anak saya! Comel tak? Mestilah comel. Sebab ikut mak dia ni hah! Perasan! Kalau bab perasan ni mmg serah ajelah kat saya. Haha.

Teringat masa mengandungkan anak pertama dulu. Masa tu nikah pun belum cukup sebulan lagi. Kata org tua tu, bunting pelamin gitu. Memang saya super excited and happy giler. Tapi, lama-kelamaan, hari berganti hari, saya jadi keliru, risau dan resah. Masa tu umur saya 22 tahun. Saya berkahwin di saat kawan2 yg lain tgh sibuk berjuang mengejar cita-cita demi kerjaya yg dia org idamkan. Semangat nak enjoy pun mmg kuat time tu. Tiba-tiba nak ada anak, rasa macam takut pulak. Takut dgn perkataan TANGGUNGJAWAB.

Saya ni anak bongsu dari 4 adik-beradik, dan satu2nya perempuan. So, saya mmg dah diasuh dlm keluarga dgn didikan yg penuh kemanjaan. Tu bahasa sopannyalah. Bahasa yg sbnrnya, anak manjalah, yg mmg tak biasa dgn tanggungjawab.

Tapi, sebaik anak saya lahir, secara automatiknya saya merasakan spt saya juga baru dilahirkan semula. Saya mula belajar byk perkara. Pelbagai kejutan dan cabaran yg byk membentuk diri saya menjadi seseorang yg baru. Saya bahagia dan hanya orang yang bahagia boleh membahagiakan orang lain.

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

(Sumber : Facebook)


Our Time Is Running Out


Teringat pulak kat lagu Muse. Tapi, bkn nak cerita pasal lagu tu pun. Ada perkara lain yang lebih penting dari tu. Sebut pasal masa. Memang kita dah kesuntukan masa. Untuk apa? Untuk melakukan PERUBAHAN. Tak lama aje lagi, 2013 bakal menjelma. Seperti biasalah ramai yg akan memasang azam memasing. Siap ada yg bwk azam 2,3 tahun lepas punya pun ada. Nak pasang azam ni tak payah tunggu awal thn baru, setiap masa kena ada azam. Celik mata bgn tidur ada azam, tutup mata nak tidur pun kena ada azam dah siap2...

Meh kita beralih kat cerita di bawah ni...

A : "Eh, cuba kau baca majalah ni. Artis K ni dah bertudunglah."
B : "Bertuahnya dia dah dapat hidayah. Hah, kau bila pulak nak bertudung?"
A : (Tersengih2) Belum sampai seru lagilah.

Sketsa kat atas ni saja saya reka, so mmg tak ada kena mengena dgn sesapa ek. Biasa tak korang dpt jawapan mcm ni dr kwn2 korang ke? Nak2 bila tanya bab2 bila nak bertudung, bila nak mula cukup solat 5 kali sehari? Atau apa2 soalan yg seumpama tulah, yang akhirnya mdpt jawapan "Belum sampai seru"... Aku mmg tak faham sungguh tang seru-seru ni? Seru utk apa yang ditunggu sebenarnya...?

Seronok tgk org lain dah dpt hidayah, tapi bila ditanya pada diri sendiri, jawabnya "Belum sampai seru"... Nak ke tidak hidayah tu?

"Hidup di dunia terlalu singkat utk menanti sesuatu yg tidak pasti."

Benda yg hilang kalau tak dicari mmg takkan muncul depan mata kita. Maka, solatlah. Tutuplah aurat. Pergilah haji. Hidayah tak sampai lagi? Belum ada seruan lagi? Aduhai...soalannya bukan pd, "Mengapa hidayah tidak muncul?" Tapi persoalannya adalah, "Mengapa kita tdk mencari hidayah yg tdk muncul2 tu?"

Jika betul kita menantikan hidayah drpd Allah utk kita berubah ke arah yg diredhai-Nya, cuba kita renung seketika. Usaha apa yg telah kita lakukan utk mendapatkan hidayah tersebut?


Maksudnya : Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Dia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum Dia menerangkan kepada mereka apa yang wajib mereka pelihara dan melindungi diri daripadanya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
                                                                                                         (Surah at-Taubah 9: 115)

Seorang Muslim harus kuat menentang tuntutan nafsu. Jgn dibiarkan hati mengeluh dgn alasan tetapi tdk tergerak utk membuat keputusan dan mengambil tindakan. Jgn tangguh2 lagi, ayuh berubahlah. Kita perlu tundukkan kesombongan diri kita kpd Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jgn habiskan masa dengan keluhan yg tdk bermanfaat. Knp hati tak tenang? Knp gagal periksa sdgkan dah berusaha? Cuba periksa kembali diri kita, apa yg tak kena? Jgn biarkan umur kita yg pendek ni berlalu begitu saja dan menjadi sia-sia belaka!                                                                   

Thursday 27 December 2012

Variasi Menu Sihat



Assalamualaikum semua...

Wah! Ada makanan...nyum!

Saya ni taklah pandai masak sangat, laki saya lagi pandai masak kot. Tapi, kalau setakat nak kenyangkan perut anak-anak dan suami tu kira saya luluslah. Kali ni saya nak kongsikan sikit info menarik mengenai masakan saya  ni. Taklah canggih sangat pun tapi yang penting ianya berkhasiat terutamanya untuk ibu-ibu yang menyusukan anak! Termasuk sayalah tu.

Masakan yang pertama tu ialah Sawi Hijau Tumis. Saya mmg suka makan sawi. Laki saya tak suke, dia kata tak sedap. Sawi ni bagus utk ibu hamil sbb mengandungi asid folat yg tinggi. Asid folat diperlukan tubuh utk mengatasi anemia yg sering berlaku pd ibu hamil dan juga pd ibu slps melahirkan anak. Anemia adalah keadaan di mana jumlah sel darah merah atau hemoglobin kurang dari normal. Nak tau lbh lanjut psl anemia cer tanya pak cik google.

Jom sambung lagi citer psl incik sawi ni, tahap vitamin A pd sawi juga amat tinggi. Mengambil 1 cawan sawi cukup utk memenuhi 84.9 peratus keperluan tubuh pd vitamin A pd setiap hari. Vitamin C pulak amat bperanan utk menyembuhkan luka, meningkatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan, mengatasi rasa tertekan selepas melahirkan anak dan bagi ibu yg sedang mengalami masalah kemurungan. Perghhh! Macam baru masuk sekolah pulak tetiba belajar psl sawi! Actually, info ni saya  byk tau dr buku kt dlm gambar tulah. Memang tak rugi kalau korang beli buku tu.

Masakan yg kedua tu pulak ialah sotong msk kicap jer. Haha. Budak sekolah rendah pun boleh masak ni kan. Tapi, rasanya mmg berbezalah dgn yang saya masak ni. Saya masak lg sedap. (Ceh xnk kalah!)

Meh saya nak cerita pasal sotong ni. Makanan laut mmg kaya dgn nutrisi, terutamanya sotong. Sotong mmg makanan kegemaran saya  jugak. Sotong ni diketahui terdapat kandungan nutrisinya 17.9g per 100g sotong segar dan juga kaya dengan asid amino yg amat diperlukan oleh tubuh.

Kandungan kalsium dan fostor dpt menyeimbangkan  tahap metabolisme dlm tubuh ibu. Selain itu, fostor dan kalsium berguna utk pertumbuhan rangka tulang yg diperlukan dlm pembesaran kanak-kanak dan mcegah osteoporosis pd masa tua.

Selain kaya dgn protein, sotong juga merupakan sumber vitamin yg baik, spt vitamin B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B12, niasin. asid folat dan vitamin larut lemak (A,D,E,K)

Udah mcm doktor pulak saya kan. Oklah, secara tiba-tiba saya jadi lapar pulak. Nanti kita jumpa lagi ekk...daaaa.....

Bijak Berniaga


Ha...siapa suka mkn ni?
Saya dulu xprnh trlintas pn nak cuba makan ni...tp tgk org makan npk mcm sedap je...
Lepas tgk crita The Billionaire Thai Movie , trus trse brkobar2 nk mencuba. Apalg, trus pg cari kat 7 Eleven la...bila saya ngap jek mende ni, emm....sedap gak weh...haha...confirm lepas ni mmg saya cari lg la and akn cuba smua perisa yg ada.

Nama jutawan muda yang mghasilkan produk ni ialah Top Ittipat. Korang boleh google la dia ni kalau nk tau lbh lanjut lagi. Dia mmg jenis manusia yg xpnh putus smangat. Macam2 dia cuba buat utk bniaga, mcm2 dia nk brniaga. Sampai akhirnya dia brjaya jual produk ni kat 7E... sng crita saya dah suke la nk mkn mende ni.

Ni quote Top Ittipat tu yang top tu,

“Apapun yang terjadi jangan pernah menyerah, kalau menyerah habislah sudah.”
- Top Ittipat

Hubby saya yg beria-ia suruh saya tgk crita ni...bila dah tgk, mmg byk pngajaran yg boleh saya dpt. Sbg salah seorang pniaga online, saya pn kna kuat smngat...dgn mcm2 prsaingan yg ada, saya xboleh bhenti brharap. Kena trus brusaha mnghasilkan produk2 handmade yg bleh mndpt tpt d mata dunia...

Seorang Muslim hidupnya mmg perlu brsemangat. Cita-citanya perlu tinggi. Matlamat hidupnya perlu jelas krn hidupnya untuk Allah semata-mata. Hidup kat dunia ni pn mmg x lari dr proses prniagaan. Sekiranya tak brniaga utk manfaat di dunia, kita harus berniaga untuk kebaikan di Akhirat. Nabi-nabi kita juga brniaga. Sahabat2 mrk juga brniaga. Org2 soleh dan org2 yg bjaya pd zaman dahulu jga brniaga. Mereka berniaga utk dunia dan Akhirat.

Tapi, tu la kebanyakan org Melayu ni sensitif sikit bila sebut psl prniagaan ni. Seolah-olah dlm fikiran diorang tu dah set "tak minat" ataupun "malas". Org jenis yg mcm ni mrsakan bila nk bniaga tu, maknanya dia akn brhadapan dgn risiko yg besar. Benda ni mmbuktikan kbanyakan org Melayu xsuke mngambil atau brhadapan dgn risiko. Padahal, bisnes belum start pn lagi tp dalam kepala dah mula fikir mcm2. Realitinya mmg pahit tp trpaksa telan la. Sbb saya dlu pn mula2 mcm tu gak...saya mngaku...

Kalau tgk bangsa lain, contohnya Bangsa Cina. Brniaga tu dah jd sbahagian dr hidup diorang. Diorang brani bniaga sbb apa? Sbb keinginan diorang nak menaik taraf ekonomi khidupan tu tinggi. Kegagalan dan kesusahan mrupakan tanda diorg dah dkt dgn kjayaan. So, mmg xhairan la kalau banyak bangsa dia yg brjaya.

Kalau korang pg pekan pn, mmg kebanyakannya akn mmbeli brg di kedai Cina kan...btul x? Saya ni sbnrnya bkn pandai nak mnasihatkan org. Tapi, saya nk brkongsi smua ni dgn korang supaya kita sama2 memaksimumkan potensi diri kita utk brikan yang trbaik. Bukan dlm urusan dunia aje tau, urusan Akhirat pn...

Setiap manusia psti mmpunyai matlamat yg brbeza. Tapi, matlamat utama seseorang Muslim itu pasti sama... apa dia?

Wednesday 26 December 2012

Sabar Dalam Mendidik Anak-anak



Assalamualaikum semua...

Sabar. Nak cerita psl sabar mmg ramai yang kurang sabar. Termasuklah diri saya sendiri. Bukan sabar dalam hal mendidik anak2 je, banyak hal lagi yang memerlukan kesabaran. Sampai hari ni pun hari-hari saya mendidik diri untuk terus belajar bersabar. Untuk terus memahami bahawa setiap perkara yang berlaku di sekeliling saya ni baik yang membahagiakan atau mengecewakan, semua tu ada hikmah di sebaliknya. Semuanya bersebab.

Pengalaman mempunyai tiga orang anak, yang umurnya dalam lingkungan 2 bulan - 4 tahun, di samping suami yang sering bertugas ke luar negara bagi sesetengah orang mungkin tidak terlalu mencabar. Pasti ada org lain yang mempunyai pengalaman yang lebih hebat lagi. Mereka berkerja dari pagi, menghantar anak-anak ke pusat jagaan. Lepas tu nak balik rumah pulak nak urus anak lagi. Masak nak bagi suami dan anak2 makan. Pada yg ada pembantu rumah tu mungkin sdikit brtuah. Bukan smua orang mampu nak ada pembantu rumah. Gaji pmbantu rumah sekarang pun bkn main lagi.

Saya selalu tanamkan dalam diri saya, "Sebelum kita mengatakan diri kita susah, fikirkan tentang orang lain yang tidak pernah merasai kesenangan..."

Sebab tu bila saya dengar cerita pasal orang lain, yang penat, keluh-kesah jaga anak kat umah, dapat laki pulak yang jenis memang tak reti nak menolong, leh wat dek je...mmg saya paham sgt! Cuma, keadaan saya sedikit bertuah dari orang lain...ada suami yang ringan tulang, suka sangat membantu meringankn kerja rumah. Tinggal bersebelahan dengan rumah mertua and keluarga mertua memang sangat baik...tak tau mcm mana nak cakaplah. Rasa sangat bersyukur dan kerana tulah saya tak patut ada sebab kenapa mesti mengeluh dengan kesulitan yang tak seberapa ni. Sedangkan ada ramai lagi org di luar sana yang lebih sengsara keadaannya. Tapi, sebagai manusia biasa mmg tak boleh nak lari kan dari sifat tu semua.

Sebab tulah kita kena SABAR.

Meh saya nak kongsi sikit cara utk kta mnguatkan tenaga dlm mnjalani tugas seharian kita...
How to survive the workday when you're completely EXHAUSTED?

Dipendekkan cerita, satu hari tu Fatimah ra berjumpa bapanya untuk meminta bantuan pembantu kerana penat membuat kerja harian sendiri.

Kemudian Rasulullah s.a.w pun bersabda;
“Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 33 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.

Fatimah ra berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”.

Amalkan dengan istiqamah dan yakin setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.
InsyaAllah akan terasa perbezaannya. Hati lebih lapang dan tenang.
Kita akan lebih ikhlas untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan juga tugas-tugas yang lain. Yang penting hati kena sentiasa yakin, sabar dan syukur.