Assalamualaikum..semua♥
.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....
"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&keluarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)
Followers
Thursday, 22 August 2013
Petai Oh Petai!!!
Inilah stok petai yang dibuat sendiri oleh suami saya, memandangkan dalam rumah ni hanya suami aje yang begitu minat makan benda ni. Saya? Emm...tak makan. Pernah makan kot. Entah dah tak ingat. Tapi, saya suka sambal tumis yang ada petai. Suka sebab ada bau-bau petai tu sikit sebab tak kuat sangat kan. Suami saya selalu outstation, jadi untuk memastikan keperluannya sentiasa ada di rumah, jadi dia buatlah stok petai macam ni. Cuma, rebuskan petai bersama kulitnya sekali, lepas tu kupas dan masukkan ke dalam bekas bertutup yang diisi air dan garam. Semuanya dibuat sendiri oleh suami sebab saya tak tahan bau petai tu masa kena rebus. Baunya! Oh...cubalah rebus dan bau sendiri. Hihik. Walaupun petai ni mempunyai bau yang agak kuat, ada banyak khasiatnya.
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)
Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkala mendapat sindrom premenstrual.
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.
Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal. (SUMBER)
Labels:
Makanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nad pun tak makan petai tapi bila baca nie banyak pula khasiatnya
ReplyDeleteJom nad, dtg umah akak, kita mkn petai...hehehe
Deleteahaha rumah akak kat mana tuh keke
Deletedekat aje...kat kuala selangor...meh meh dtg, akak jamu petai hehehe
Deleteakk,rara x mkn petai.tp org keliling rara sume suka petai.hehehe.
ReplyDeletebagus la makan rara, bnyk khasiat tau (suh org mkn, tp diri sdri pun xmkn gak...heheheh)
Deletesuka makan petai gak..hihi
ReplyDeletewahh...faveret dia lah ni yer...hehe
DeleteAin suka makan sambal petai jugak. hehe taknak makan yg mentah-mentah tu
ReplyDeleteoh yg mentah xmkn plak yer...akak suka lam sambal, tp akak xmkn petai tu, akk nkkan rse2 petai lam smbal tu aje...hihi...aroma yg mahal tu
DeleteNoey tak makan petai..tapi husben cukup suka makan petai...tengok dia makan, berselera je..
ReplyDeletesama la, saya tgk suami sya mkn petai pn, punyalah brselera, makan siap bertambah2 nasinya...apa yg best sgt kannn...
Delete