Tak kurang juga yang gagah berdebat tentang apa sangatlah kenaikan 20 sen itu kalau nak dibandingkan dengan harga rokok dan harga smartphone yang rata-rata dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Mengutuk pula ramainya yang sanggup beratur mengisi minyak malam tadi untuk mengelakkan kenaikan, padahal bukannya mampu bertahan sampai setahun pun!
Tahukah kita, atau terfikirkah kita, yang mereka beratur malam tadi itu mampu menampung usaha pencarian rezeki mereka untuk beberapa hari lagi dengan satu penjimatan. Kita mungkin fikir, tindakan itu nonsense kerana hari ini kenaikan harga itu telah pun berlaku dan tak siapa mampu mengelak lagi.
Impak kenaikan? Harga barang keperluan harian juga akan turut naik dengan alasan kos pengangkutan naik. Di mata kasar kita memang hanya 20 sen, hanya itu. Tapi, perjalanannya untuk sebulan, setahun dan seterusnya? Hanya mereka yang mengalami lebih memahami.
Saya meminjam status update FB sahabat saya yang menulis begini :
"Begitu
mudah orang komen supaya tambah pendapatan untuk mengatasi sebarang
kenaikan. Astaghfirullah.. tiadakah rasa empati kepada golongan marhaen yang
bertungkus lumus untuk memastikan gaji bulan lepas masih berbaki sepuluh
sen dalam poket sebelum gaji akan datang?
Bukan semua orang rezeki datang bergolek."
Berhati-hatilah dalam menyusun kata. Anda mungkin diberi kesenangan dan kemudahan pada hari ini. Tapi, itu tidak memberikan hak kepada anda untuk merendahkan golongan lain yang kurang bernasib baik. Jika kita tak merasa apa-apa dengan pergolakan ekonomi, jangan sangka orang lain juga sama seperti kita. Peritnya mereka, hanya DIA yang lebih mengetahui.
Saya? Hanya seorang surirumah, yang tidak berkerja dan tidak memiliki kenderaan sendiri. Mengapa saya perlu sibuk tentang hal ini? Saya memang surirumah, tapi jangan lupa bahawa saya juga pengurus rumahtangga, mengurus hal di rumah, juga menjaga kewangan keluarga semasa ketiadaan suami, memandu kenderaan suami untuk urusan keluarga seharian. Semestinya, hal ini ada kaitannya dengan saya.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci
Kerajaan Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak
mampu bayar. ...
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk
terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar
pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga
metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki? Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh
wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si Sarjana Muda.
Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun Master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas
mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak
hilang perikemanusiaan.
tak sempat pon nak pegi semalam sbb lewat dh tau benda ni ^_^
ReplyDeleteHuhu bende nie kejap je pastu da lali dgn semua nya..
ReplyDelete