Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Sunday, 1 September 2013

Malang Tak Berbau

Cerita dah lama, baru hari ni dapat nak update. Ni namanya mama yang super busy. Huhu. Nak cerita pasal anak saya yang ikut rombongan sekolah dia iaitu Pasti Al-Munir, Bandar Malawati, Kuala Selangor. Tak pergi jauh pun, pergi Zoo Negara aje. Tapi, untuk anak-anak, keseronokan diorang bukan diukur dari jarak dekat ke jauh suatu tempat tu. Dapat berjalan ramai-ramai macam ni pun dah cukup fun kan. Cuma, kenapa tajuk entry ni tak berapa nak fun? Emm...tunggu sehingga ke akhir rancangan! (Suspen! Macam dalam tibi aje. Huhu)


Bertolak dari sekolah seawal jam 8.30 pagi. Kena berkumpul pukul 7.30 pagi, tapi biasalah kena tunggu lebih awal kan. Anak saya memang super excited. Termasuklah mama dia, sebab tu mama dia pun follow sekali. Huhu. Masa tu hujan, tapi tak lebat sangat. Kami follow naik kereta berasingan, kesian kat anak saya no.2 ni menangis nak ikut (padahal mama dia yang nak ikut sangat!).


Mula-mula saya agak pelik jugak kenapa rombongan ni buat hari khamis, kenapa tak pergi weekend ke. Kan lagi best pergi masa cuti. Then, saya agak bukan mudah nak handle anak-anak yang ramai ni ok. Masa sampai sana tu ada lebih kurang 4 buah bas yang juga membawa rombongan tadika lain. So, memang sangat meriah. Jangkaan saya silap yang mengatakan zoo tak meriah pada hari biasa. Sebab, masa tu ada juga pelancong-pelancong lain yang kebanyakannya macam dari Arab aje, sebab nampak ramai yang berniqab.



Kami terus pergi tengok show, cute kan anjing laut tu! Huhu. Syok sangat and penuh suspen. Saya pulak terlebih seronok mengalahkan bebudak. Huhu...


Haa...ramai kan kat show tu? Padahal baru lepas hujan tu. Tempat duduk semua basah, nasib baik saya ni jenis suka bawak tuala extra. Haha. Ada anak kecik ni memang biasalah kalau bawak benda-benda extra ni. In case terjadi perkara-perkara yang luar dari kebiasaan.


Shopping madu sambil tengok lebah yang boleh dipegang ni. Saya tak pegang pun. Hehe. So, tengok gambar semuanya okay aje, apa yang malangnya? Emm...


Malang memang tak berbau, kalau berbau senanglah kita nak berjaga-jaga. Anak saya terjatuh masa bermain dengan kawannya. Masa tu dah sampai di sekolah, tengah tunggu suami saya datang nak jemput. Suami saya kata, masa sampai tu dia memang dah jatuh dan tengah meraung-raung. Malam tu jugak kami jemput tukang urut datang rumah dan mintak tengokkan tangan anak saya. Mujur juga adik ipar saya yang bakal doktor tu ada di rumah, dia pun tengokkan sekali. Katanya nampak macam terseliuh.

Esoknya baru suami bawa anak saya ke klinik dan x-ray, alhamdulillah tangannya tak patah. Cuma, terseliuh dan perlu banyak berehat. So, sekarang anak saya kena banyak berehat di rumah. Bila terjadi perkara macam ni terutamanya di sekolah, kita sebagai ibu bapa memang cukup risau. Bukan mudah nak mengawal anak-anak ni di sekolah. Ini juga satu pengajaran untuk anak saya supaya lepas ni belajar duduk diam-diam sikit. Haha. Kita tak boleh nak salahkan cikgu kerana gagal menjaga anak kita, kerana kita sendiri tau keadaannya bagaimana (untuk kes macam sayalah)...dan saya sendiri tau perangai anak saya ni macam mana. Di rumah pun saya kadang-kadang pening dengan dia, apalagi di sekolah. Jadi, jangan terlalu cepat menuding jari menyalahkan guru yang mendidik. Syukur alhamdulillah tidak ada apa yang serius. Kesakitan ini juga boleh menjadi satu pengajaran dan pengalaman untuk anak kita.

2 comments:

  1. nasib baik tak teruk sgt kak ... malang mmg tak bbau kan ... tseliuh je kan .. kalo patah lagi teruk :(

    ReplyDelete