Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Friday 18 December 2015

Throwback|Slot DIY Assalamualaikum TV AlHijrah 2 Dec 2015

Bersama pengacara Irma Hasmie yang super sporting
Jom kita throwback! Boleh baca cerita penuh di SINI (KLIK SINI) . Rasa begitu teruja, happy, bahagia bila buat pertama kalinya saya dijemput untuk Slot DIY bagi rancangan bual bicara Assalamualaikum terbitan AlHijrah. Secara LIVE. Iya ni bukanlah kali pertama muncul di TV secara LIVE, namun tetap ada bezanya. Saya rasa begitu bersyukur sekali dengan pencapaian peribadi ini kerana dapat mempamerkan hasil kraf saya kepada lebih ramai orang. Sememangnya ini ialah salah satu impian saya dalam karier jahitan.



Mungkin pada mereka yang lain ianya biasa-biasa. Bagi saya, ianya istimewa. Siapa sangka, hobi yang saya fikirkan biasa-biasa sekadar mengisi masa lapang rupanya boleh ke tahap seperti ini. Saya akan terus meningkatkan pencapaian diri dalam bidang ini, insyaAllah jika masih panjang umur. Ingatlah, apa jua bidang yang dipilih sekalipun percayalah dengan diri, usaha, doa dan tawakal. Jadikan kepayahan dan kegagalan sebagai satu suntikan semangat untuk terus berusaha.

Jom sama-sama majukan diri!

1 comment:

  1. wahh dapat masuk tv :D baguslah share2 ilmu jahitan utk orang2 kat luar sana
    dulu pun pihak al-hijrah ada contact saya utk diy tote bag, tpi saya tak pergi sbb busy sangat. hehe TvT lagipun takde confident, hihi

    ReplyDelete