Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Sunday 20 December 2015

Hikmah Makan Dalam Dulang

Belum terlambat rasanya untuk mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian. Mulakan saja bila masa kamu mahu. Bila ada anak ramai ni memang pening dibuatnya dengan macam-macam kerenah. Bertelagah, menyakat sana sini, kejap baik kejap bergaduh. Apapun air dicincang takkan putus, begitulah asam garam kehidupan adik beradik. Semoga mereka terus membesar dengan baik dan menjadi anak soleh/solehah.

Saya mulakan kali ini dengan cara makan di dalam dulang untuk anak-anak, bukan anak-anak saja malah untuk saya sekali. Kalau sebelum ni saya biasa makan nasi ambeng bersama dengan suami bila dia bercuti, atas sebab nasi tu banyak dan tak mampu nak makan sorang. Bila anak-anak dah membesar rasa nak cuba pulak berterusan makan dalam dulang.



Lauk simple pun okay je tak semestinya kena mewah yang penting air tangan kita tu. Alhamdulillah, permulaannya berjalan dengan begitu baik. Berebut-rebut sikit tu biasalah. Hasil yang jelas nampak, tiada pembaziran, anak-anak makan banyak. Masa sebelum ni makan pinggan sendiri, selalu aje lauk tak habislah, nasi tak habislah. Bila macam ni, alhamdulillah siap mintak tambah lagi.

Rasulullah SAW gemar berkongsi makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat Baginda. Secara tidak langsung ianya mewujudkan kemesraan dan meningkatkan kasih sayang terhadap sesama Muslim. Selain itu, amalan berkongsi makanan dalam satu dulang juga dapat mengelakkan pembaziran.

Sabda Rasulullah SAW: “Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan, kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian.” (HR Abu Dawud) 

No comments:

Post a Comment