Percutian singkat tanpa diduga membawa kami ke Lexis Hibiscus Port Dickson. Hooorayyyy! Pernah berangan nak ke Grand Lexis tapi belum pun tertunai, datang pula rezeki bergolek ni. Asalnya menumpang ayah mertua bertugas. Jadi, kami anak beranak ni pun ikutlah menyibuk. Excited? Of course! Jom layan gambar!
|
Masa baru sampai |
Perkhidmatan buggy disediakan untuk pengangkutan ke bilik penginapan. Best pulak naik benda alah ni. Kalau bawak lagi best kot.
|
Gambar dari website Lexis Hibiscus |
Kenapa namanya Lexis Hibiscus? Tengok susunan tempat penginapan tu bentuk bunga raya kan. Kami stay yang dekat bahagian daun tu aje.
|
Posing dulu kat katil |
|
Ada 2 katil besar dan 2 sofa bed |
|
Ruang menonton tv |
|
Sink |
Lupa snap gambar almari di sebelah kanan, ada beberapa kelengkapan disediakan termasuk iron, payung, weight scale di dalamnya. Bilik air dan tandas pula di sebelah kiri. Kurang best sebab tak berkunci. Bahaya ooooo...
|
Private pool di bahagian belakang |
Tak private sangat pun sebab orang still boleh nampak kat luar. Jangan buat aksi ganas sangat ya!
|
Agak dalam untuk budak-budak. Jangan lupa bawak pelampung |
|
Mandi time! |
Sampai aje budak-budak terus tukar baju swimming. Dah tak tahan sangat tengok pool tu.
|
This is nice. Dah nak habis kerepek baru teringat nak tangkap gambar |
|
Cenderahati dari pihak hotel. Sedap biskut ni |
|
Permandangan waktu malam |
|
Sebelah pool tu ialah bilik sauna |
Tak sempat pun nak cuba sauna tu. But pool tu memang cantik waktu malam.
|
Pagi buta dah nak berendam |
Memandangkan kami cuma stay 1 malam aje, awal pagi lagi anak-anak dah bangun nak mandi.
|
Aktiviti wajib ni bergambar dalam air |
|
Me!!! |
|
Dari luar bilik penginapan |
Nak pergi breakfast dulu sebelum check out. What a bad situation, saya lupa snap gambar kat tempat breakfast. Makanannya serius sangat sedap. Sedap sangat sampai lupa terus tangkap gambar. Maklumlah sibuk makan lagi, sibuk layan anak-anak. Oh sedihnya kenapalah lupa tangkap! Huhuhu
|
Bersama anak-anak |
|
Nak snap gambar lampu tu. Cantik in real |
|
Ok mak suka semua lampu kat sini |
|
View dari atas |
Di sini ada disediakan perkhidmatan sewaan basikal. So bolehlah jalan-jalan sampai ke area kelopak bunga tu. Nak jalan kaki pun boleh tapi mengah sikitlah. Sewaan untuk basikal tandem RM20/setengah jam atau RM200/sehari. Harga meraung. Kalau nampak yang bawak laju-laju tu sewa setengah jam la tu kot. Hihi ok gurau je.
|
Ada children dan adult pool kat area main tower |
|
View dari atas |
|
Playground area luar. Kat dalam pun ada gak tapi tak sempat pergi |
|
Bagi dia main puas-puas sebelum check out |
|
No fishing ya! Tapi ada je yang bawak pancing |
|
Bagus ada tempat recycle |
|
Jom balik!!! |
Berapa bintang ya nak bagi??? Dari skala 5, saya bagi 3 bintang! Hehehe jadi la. Lepas ni ada rezeki nak cuba Grand Lexis pulak. Nak tau lebih banyak lagi info pasal tempat ni bolehlah ke official website diorang atau search review dari blogger lain.
|
My baby selesa tidur dalam carrier |
Alhamdulillah, babywearing memudahkan saya semasa travel. Anak selesa dalam ergonomic baby carrier, siap tidur nyenyak lagi. So, mama pun bolehlah sakan bergambar ya, Anyone nak tau more info pasal safe babywearing boleh contact saya ya. Happy babywearing!
Thanks korang sudi singgah!
Seronoknya!!!!!!
ReplyDeleteJulia pun dok berangan nak dok sini semalam kak...heheheh best tgk pool dia perghhhh happy birthdayyyy kak !
cantiknya lexis hibiscus, teringat abu dabi
ReplyDelete