Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Sunday 17 February 2013

Hentikan Melabel Orang Lain


Hidup di dunia jangan asyik nak perlekehkan orang, usah jadikan itu sebagai satu amalan. Kalau kita perlekehkan orang dengan alasan nak bagi dia kuat, bagi saya ada banyak lagi alternatif lain. Cuba kita periksa, dalam satu hari berapa kali kita perlekehkan orang? Berapa kali kita menyampah dengan orang? Berapa kali kita meluat dengan orang? Jika kiraan kita itu lebih banyak jumlahnya dari kita bercakap yang baik-baik pasal orang, maknanya kita sedang menumbuhkan bintik-bintik hitam di dalam hati kita.

Jangan meluat bila tengok si polan asyik dengan status mengeluhnya di FB. Hari-hari statusnya pasal mengeluh jaga anak, merungut malas masak, penat layan suami. Jangan menyampah bila orang tu asyik dengan fikiran negatif. Kita meluat, kita menyampah, kita sebenarnya secara tidak langsung sedang membiakkan sifat negatif di dalam diri kita.

Bukan semua orang sama jalan cerita hidupnya dengan kita. Sesetengah orang bertuah, mampu mengawal fikiran dan boleh menerima dengan baik setiap hikmah kejadian sama ada perkara itu menggembirakan atau sebaliknya. Manakala, sesetengah yang lain tidak sebertuah kita. Mereka tidak dikurnikan pendirian yang teguh, ahli keluarga yang menyokong. Kita perlu ingat, persekitaraan dan suasana dalam didikan keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk gaya pemikiran dan pendirian kita. Apabila seseorang anak kecil itu mudah memberontak dan marah, yang perlu kita lihat pertama sekali ialah didikan ibunya.

Saya pinjam kata-kata dari Mario Teguh iaitu seorang motivator dan konsultan asal Indonesia.

"Jangan paksa orang untuk berubah. Berubah itu sulit. Berkasih-sayanglah. Perubahan itu tidak mudah, terutama untuk memperbaiki kualitas hidup." - Mario Teguh.

Hadiah pertama bagi orang yang melakukan kebaikan adalah kebaikan. Jadi, apa salahnya kita ubah cara pendekatan kita. Wujudnya mereka yang bersifat seperti ini sebenarnya ada berkaitan dengan kita. Hidup di dunia ini juga jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Keluar dari zon selesa dan masuklah ke zon Allah. Hidup bermasyarakat dan peduli dengan masyarakat. Prof. Muhaya pernah menyebut, cara untuk mengetahui sama ada kita pentingkan diri sendiri atau tidak adalah dengan merenung kembali isi kandungan doa kita. Apakah doa kita selepas solat itu memfokuskan hanya tentang AMPUNKAN AKU, LINDUNGI AKU  atau mungkin lebih besar sedikit, AMPUNKAN KELUARGAKU, LINDUNGI KELUARGAKU. Bila doa kita hanya memfokuskan AKU, AKU, AKU, dari situ kita dapat menilai diri kita yang terlalu pentingkan diri. Jadi, selepas ini apa kata kita lebihkan sedikit waktu dan panjangkan doa kita untuk merangkumi saudara-saudara kita yang lain.

Kata Mario Teguh lagi, manusia terindah adalah manusia yang bermanfaat untuk saudaranya. Apa kata kita jadi rakan sokongan untuk mereka, tegur-menegur, saling memperingati sesama sendiri.
Kita hanya dekat dengan mereka yang kita sukai. Dan seringkali kita menghindari orang yang tidak tidak kita sukai, padahal dari dialah kita akan mengenal sudut pikiran yang baru. Inilah yang saya maksudkan tadi tentang saling berkait dan memerlukan. Tapi, jangan pula kita mengharapkan perubahan yang cepat dari mereka. Mereka sedang berusaha mengubah tabiat dan sifat yang sudah lama tumbuh di dalam diri mereka. Cuba tanya pada diri sendiri, kita ada tak tabiat yang susah nak tinggalkan? Aplikasikan dalam situasi ini untuk lebih memahami orang lain. Sila reset minda kita, kita bukan berseorangan di dalam dunia ini. Jangan guna ayat KUBUR MASING-MASING kerana boleh jadi mereka inilah yang akan membantu dalam pengurusan jenazah kita. Wallahu a'lam.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).

17 comments:

  1. betul tu ibarat pepatah don't judge a book by its cove am I right? manusia tak akan pernahberhenti utk judge org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...Sebelum ubah org, kita ubah diri dlu...spaya kita mngetahui betapa payahnya utk mngubah sst yg dah sebati dalam diri kita...

      Delete
  2. betul sangat.kita mudah kan bersangka dgn org.astaghfirullah~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dlu mcm tu...selfish kan...sng sgt nk judge org ikt fkiran sdri...sama2 la kita saling mperingati...

      Delete
  3. betul2.. ramai org suka judge org lain. bukan senang nk berubah. lain org lain ragam. setiap org ada masalah yg berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kita selalu nak samakan keadaan diri kita dgn org...sdgkan kita mmpunyai suasana khidupan yg berbeza...

      Delete
  4. Persepsi terhadap orang lain itu kena positif, jgn asik berprasangka buruk je kan..:) anyway, setuju sgt dgn entry awak ni...salam pkenalan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan... :)
      iya, persepsi kita kna positif, bersangka baik...

      Delete
  5. entri yg sgt bermanfaat..membuka mata dan fikiran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan dapat memberi kesedaran buat mereka di luar sana...

      Delete
  6. terima kasih sudi jadi follower blog saya... slalu la datang ye.. ni entry untuk awak :) http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/02/followers-mingguan-8_18.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Terima kasih Mawardi...semoga awak juga trus maju dlm dunia blog dan truskan menyebar ilmu...

      Delete
  7. salam..sangat setuju denga entry ini..Alhamdulillah entry yg sangat bermanfaat untuk semua.. :) May Allah bless u sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...moga bermanfaat utk semua...salam perkenalan :)

      Delete
  8. Allah cpta manusia dengn kelebihan dn kekurangan msgkn ukhti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... :) Kekurangan tu kdg2 boleh membawa kebaikan kpd org lain...

      Delete
    2. Nasuha, nama sama dgn nama anak saya... :)

      Delete