Assalamualaikum..semua♥
.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....
"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&keluarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)
Followers
Wednesday, 13 February 2013
Tetamu Wanita Hari Ini TV3
Tarikh 13 Februari 2013, akan menjadi satu tarikh yang istimewa buat saya dan keluarga. Saya dan suami dipilih untuk menjadi tetamu jemputan bagi rancangan bual bicara Wanita Hari Ini di TV3. Tapi sayangnya suami tak dapat nak turut serta sebab pakaian tak menepati tema (dia sengaja nak mengelaklah tu kan? huhu).
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit rancangan Wanita Hari Ini iaitu Norazlina Nekmat kerana sudi memilih kami. Layanan mereka kepada kami memang cukup mesra. Hilang sikitlah debaran di hati. Kalau tak percaya, cuba tengok muka saya masa berbual tu pun nampak takut-takut. Tajuk yang menjadi pilihan pada hari ini ialah "Bunting Pelamin...Sejauh Mana Pasangan Bersedia." Tajuknya agak sensitif, tapi bila dikupas dengan lebih mendalam ianya lebih terbuka.
Pengacara yang bertugas pada hari ini ialah Teh Syuhada dan Azzura. Turut menjadi tetamu jemputan juga ialah seorang doktor Pakar Sakit Puan yang tak asing lagi iaitu Dr. Ismail Tambi. Dan tak lupa juga kepada Norfadzila yang juga menjadi tetamu, dan kami sempatlah berkenalan. Rupanya kami sebaya!
Saya sebenarnya dah lama simpan niat, atau mungkin lebih kepada angan-angan nak berkongsi pengalaman dengan masyarakat di luar sana melalui media massa atau elektronik. Sungguh tak terjangkau di fikiran saya yang Allah akan mengabulkan impian saya ni. Pengalaman ini ialah anugerah untuk saya. Mematangkan fikiran dan menguatkan ikatan kami suami isteri.
Semoga perkongsian saya dan apa yang keluar dari mulut saya itu dapat memberi kebaikan dan motivasi kepada masyarakat di luar sana. Ini ada beberapa gambar yang dapat saya kongsikan. Tak sempat pun nak bergambar dengan pengacara sebab slot kami yang awal sekali. Jadi, bila selesai kami terus keluar.
Kepada sesiapa yang nak menonton siaran ulangan bolehlah klik di Tonton dan memilih rancangan Wanita Hari Ini Episode 32, ataupun ke YouTube
Apa yang berlaku ini akan menjadi satu memori yang manis untuk dikenang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah2..hehehe..impian jadi kenyataan..so harge tuale byk less lepas ni kikiki
ReplyDeletehehe...boleh lah bg diskaun lebih sket kalo amek byk2...huhu
DeleteWahhh best nya....kalu saya sure dh x terbukak...tahniah ya menjadi tetamu wanita hari ini..bukan senang nak dapat peluang sebergini
ReplyDeleteMula2 gugup jugak...hehe...da lama br lah cool sket tp dlm hati dup dap dup dap! hihik
DeleteSama lar dgn GF..bunting pelamin jgk..
ReplyDeleteWah kebetulan sama...mesti seronok kan masa tu...
Deletehikhikhik..sya tgok.sbb sya pon bunting pelamin...
ReplyDeletegggrrr...geram je rsa kt org yg mulut puaka tu..
Samalah kita rupanya! hehe, awak tgk yer...oh malunya saya yg dgn muka cuak tuh...hihik
Deletetahniah jd tetamu WHI..hehe..
ReplyDeleteSama2...hehe
Deletetahniah2...tajuknya walaupun dianggap sensitif tetapi pengalaman begiitulah sepatutnya kita berkongsi...
ReplyDeletesalam ramadhan..
Terima kasih bunda... semoga dpt mmberi kebaikan kpd org ramai...
Delete