Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Friday, 28 December 2012

Buah Hati Pengarang Jantung




Inilah anak-anak saya! Comel tak? Mestilah comel. Sebab ikut mak dia ni hah! Perasan! Kalau bab perasan ni mmg serah ajelah kat saya. Haha.

Teringat masa mengandungkan anak pertama dulu. Masa tu nikah pun belum cukup sebulan lagi. Kata org tua tu, bunting pelamin gitu. Memang saya super excited and happy giler. Tapi, lama-kelamaan, hari berganti hari, saya jadi keliru, risau dan resah. Masa tu umur saya 22 tahun. Saya berkahwin di saat kawan2 yg lain tgh sibuk berjuang mengejar cita-cita demi kerjaya yg dia org idamkan. Semangat nak enjoy pun mmg kuat time tu. Tiba-tiba nak ada anak, rasa macam takut pulak. Takut dgn perkataan TANGGUNGJAWAB.

Saya ni anak bongsu dari 4 adik-beradik, dan satu2nya perempuan. So, saya mmg dah diasuh dlm keluarga dgn didikan yg penuh kemanjaan. Tu bahasa sopannyalah. Bahasa yg sbnrnya, anak manjalah, yg mmg tak biasa dgn tanggungjawab.

Tapi, sebaik anak saya lahir, secara automatiknya saya merasakan spt saya juga baru dilahirkan semula. Saya mula belajar byk perkara. Pelbagai kejutan dan cabaran yg byk membentuk diri saya menjadi seseorang yg baru. Saya bahagia dan hanya orang yang bahagia boleh membahagiakan orang lain.

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

(Sumber : Facebook)


No comments:

Post a Comment