Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Thursday, 27 December 2012

Variasi Menu Sihat



Assalamualaikum semua...

Wah! Ada makanan...nyum!

Saya ni taklah pandai masak sangat, laki saya lagi pandai masak kot. Tapi, kalau setakat nak kenyangkan perut anak-anak dan suami tu kira saya luluslah. Kali ni saya nak kongsikan sikit info menarik mengenai masakan saya  ni. Taklah canggih sangat pun tapi yang penting ianya berkhasiat terutamanya untuk ibu-ibu yang menyusukan anak! Termasuk sayalah tu.

Masakan yang pertama tu ialah Sawi Hijau Tumis. Saya mmg suka makan sawi. Laki saya tak suke, dia kata tak sedap. Sawi ni bagus utk ibu hamil sbb mengandungi asid folat yg tinggi. Asid folat diperlukan tubuh utk mengatasi anemia yg sering berlaku pd ibu hamil dan juga pd ibu slps melahirkan anak. Anemia adalah keadaan di mana jumlah sel darah merah atau hemoglobin kurang dari normal. Nak tau lbh lanjut psl anemia cer tanya pak cik google.

Jom sambung lagi citer psl incik sawi ni, tahap vitamin A pd sawi juga amat tinggi. Mengambil 1 cawan sawi cukup utk memenuhi 84.9 peratus keperluan tubuh pd vitamin A pd setiap hari. Vitamin C pulak amat bperanan utk menyembuhkan luka, meningkatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan, mengatasi rasa tertekan selepas melahirkan anak dan bagi ibu yg sedang mengalami masalah kemurungan. Perghhh! Macam baru masuk sekolah pulak tetiba belajar psl sawi! Actually, info ni saya  byk tau dr buku kt dlm gambar tulah. Memang tak rugi kalau korang beli buku tu.

Masakan yg kedua tu pulak ialah sotong msk kicap jer. Haha. Budak sekolah rendah pun boleh masak ni kan. Tapi, rasanya mmg berbezalah dgn yang saya masak ni. Saya masak lg sedap. (Ceh xnk kalah!)

Meh saya nak cerita pasal sotong ni. Makanan laut mmg kaya dgn nutrisi, terutamanya sotong. Sotong mmg makanan kegemaran saya  jugak. Sotong ni diketahui terdapat kandungan nutrisinya 17.9g per 100g sotong segar dan juga kaya dengan asid amino yg amat diperlukan oleh tubuh.

Kandungan kalsium dan fostor dpt menyeimbangkan  tahap metabolisme dlm tubuh ibu. Selain itu, fostor dan kalsium berguna utk pertumbuhan rangka tulang yg diperlukan dlm pembesaran kanak-kanak dan mcegah osteoporosis pd masa tua.

Selain kaya dgn protein, sotong juga merupakan sumber vitamin yg baik, spt vitamin B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B12, niasin. asid folat dan vitamin larut lemak (A,D,E,K)

Udah mcm doktor pulak saya kan. Oklah, secara tiba-tiba saya jadi lapar pulak. Nanti kita jumpa lagi ekk...daaaa.....

No comments:

Post a Comment