Assalamualaikum..semua♥
.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....
"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&keluarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)
Followers
Wednesday, 26 December 2012
Sabar Dalam Mendidik Anak-anak
Assalamualaikum semua...
Sabar. Nak cerita psl sabar mmg ramai yang kurang sabar. Termasuklah diri saya sendiri. Bukan sabar dalam hal mendidik anak2 je, banyak hal lagi yang memerlukan kesabaran. Sampai hari ni pun hari-hari saya mendidik diri untuk terus belajar bersabar. Untuk terus memahami bahawa setiap perkara yang berlaku di sekeliling saya ni baik yang membahagiakan atau mengecewakan, semua tu ada hikmah di sebaliknya. Semuanya bersebab.
Pengalaman mempunyai tiga orang anak, yang umurnya dalam lingkungan 2 bulan - 4 tahun, di samping suami yang sering bertugas ke luar negara bagi sesetengah orang mungkin tidak terlalu mencabar. Pasti ada org lain yang mempunyai pengalaman yang lebih hebat lagi. Mereka berkerja dari pagi, menghantar anak-anak ke pusat jagaan. Lepas tu nak balik rumah pulak nak urus anak lagi. Masak nak bagi suami dan anak2 makan. Pada yg ada pembantu rumah tu mungkin sdikit brtuah. Bukan smua orang mampu nak ada pembantu rumah. Gaji pmbantu rumah sekarang pun bkn main lagi.
Saya selalu tanamkan dalam diri saya, "Sebelum kita mengatakan diri kita susah, fikirkan tentang orang lain yang tidak pernah merasai kesenangan..."
Sebab tu bila saya dengar cerita pasal orang lain, yang penat, keluh-kesah jaga anak kat umah, dapat laki pulak yang jenis memang tak reti nak menolong, leh wat dek je...mmg saya paham sgt! Cuma, keadaan saya sedikit bertuah dari orang lain...ada suami yang ringan tulang, suka sangat membantu meringankn kerja rumah. Tinggal bersebelahan dengan rumah mertua and keluarga mertua memang sangat baik...tak tau mcm mana nak cakaplah. Rasa sangat bersyukur dan kerana tulah saya tak patut ada sebab kenapa mesti mengeluh dengan kesulitan yang tak seberapa ni. Sedangkan ada ramai lagi org di luar sana yang lebih sengsara keadaannya. Tapi, sebagai manusia biasa mmg tak boleh nak lari kan dari sifat tu semua.
Sebab tulah kita kena SABAR.
Meh saya nak kongsi sikit cara utk kta mnguatkan tenaga dlm mnjalani tugas seharian kita...How to survive the workday when you're completely EXHAUSTED?
Dipendekkan cerita, satu hari tu Fatimah ra berjumpa bapanya untuk meminta bantuan pembantu kerana penat membuat kerja harian sendiri.
Kemudian Rasulullah s.a.w pun bersabda;
“Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali,Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 33 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.
Fatimah ra berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”.
Amalkan dengan istiqamah dan yakin setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.
InsyaAllah akan terasa perbezaannya. Hati lebih lapang dan tenang.
Kita akan lebih ikhlas untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan juga tugas-tugas yang lain. Yang penting hati kena sentiasa yakin, sabar dan syukur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment