Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Wednesday 13 February 2013

Tetamu Wanita Hari Ini TV3




Tarikh 13 Februari 2013, akan menjadi satu tarikh yang istimewa buat saya dan keluarga. Saya dan suami dipilih untuk menjadi tetamu jemputan bagi rancangan bual bicara Wanita Hari Ini di TV3. Tapi sayangnya suami tak dapat nak turut serta sebab pakaian tak menepati tema (dia sengaja nak mengelaklah tu kan? huhu).

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit rancangan Wanita Hari Ini iaitu Norazlina Nekmat kerana sudi memilih kami.  Layanan mereka kepada kami memang cukup mesra. Hilang sikitlah debaran di hati. Kalau tak percaya, cuba tengok muka saya masa berbual tu pun nampak takut-takut. Tajuk yang menjadi pilihan pada hari ini ialah "Bunting Pelamin...Sejauh Mana Pasangan Bersedia." Tajuknya agak sensitif, tapi bila dikupas dengan lebih mendalam ianya lebih terbuka.

Pengacara yang bertugas pada hari ini ialah Teh Syuhada dan Azzura. Turut menjadi tetamu jemputan juga ialah seorang doktor Pakar Sakit Puan yang tak asing lagi iaitu Dr. Ismail Tambi. Dan tak lupa juga kepada Norfadzila yang juga menjadi tetamu, dan kami sempatlah berkenalan. Rupanya kami sebaya!

Saya sebenarnya dah lama simpan niat, atau mungkin lebih kepada angan-angan nak berkongsi pengalaman dengan masyarakat di luar sana melalui media massa atau elektronik. Sungguh tak terjangkau di fikiran saya yang Allah akan mengabulkan impian saya ni. Pengalaman ini ialah anugerah untuk saya. Mematangkan fikiran dan menguatkan ikatan kami suami isteri.

Semoga perkongsian saya dan apa yang keluar dari mulut saya itu dapat memberi kebaikan dan motivasi kepada masyarakat di luar sana. Ini ada beberapa gambar yang dapat saya kongsikan. Tak sempat pun nak bergambar dengan pengacara sebab slot kami yang awal sekali. Jadi, bila selesai kami terus keluar.

Kepada sesiapa yang nak menonton siaran ulangan bolehlah klik di Tonton  dan memilih rancangan Wanita Hari Ini Episode 32, ataupun ke YouTube

Apa yang berlaku ini akan menjadi satu memori yang manis untuk dikenang.

12 comments:

  1. Tahniah2..hehehe..impian jadi kenyataan..so harge tuale byk less lepas ni kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...boleh lah bg diskaun lebih sket kalo amek byk2...huhu

      Delete
  2. Wahhh best nya....kalu saya sure dh x terbukak...tahniah ya menjadi tetamu wanita hari ini..bukan senang nak dapat peluang sebergini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 gugup jugak...hehe...da lama br lah cool sket tp dlm hati dup dap dup dap! hihik

      Delete
  3. Sama lar dgn GF..bunting pelamin jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah kebetulan sama...mesti seronok kan masa tu...

      Delete
  4. hikhikhik..sya tgok.sbb sya pon bunting pelamin...
    gggrrr...geram je rsa kt org yg mulut puaka tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita rupanya! hehe, awak tgk yer...oh malunya saya yg dgn muka cuak tuh...hihik

      Delete
  5. tahniah2...tajuknya walaupun dianggap sensitif tetapi pengalaman begiitulah sepatutnya kita berkongsi...

    salam ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bunda... semoga dpt mmberi kebaikan kpd org ramai...

      Delete