Assalamualaikum..semua♥
.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....
"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&keluarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)
Followers
Wednesday, 17 July 2013
Usah Sia-siakan Kehadirannya...
Syukur alhamdulillah, kita berkesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Tetamu istimewa yang sering dinanti saban tahun. Bulan mulia penuh keberkatan. Inilah bulan di mana kita berlumba-lumba merebut peluang meraih pahala tanpa melepaskan walau sesaat dengan sia-sia. Apa khabar iman kita pada saat ni? Masihkan kita mampu bertahan?
Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Bukan hanya itu. Ramadhan menuntut lebih daripada itu. Apa yang kita isi dan kita persembahkan sepanjang bulan mulia ini? Inilah saat dan ketikanya untuk kita memperbaiki amalan kita. Usah jadikan keletihan dan kelaparan sebagai penghalang untuk merebut masa dengan ibadah. Kita sibuk di bulan-bulan yang lain. Jika Ramadhan juga kita sibuk, apalah maknanya kehidupan ini? Ramadhan tanpa solat dan Al-Quran, adalah mogok lapar untuk diri sendiri. Bukan untuk Allah.
Lapangkanlah harimu, muhasabah diri.
Jika sebelum ni tak pernah cukup solat 5 waktu, jadi cukupkanlah di bulan mulia ni. Solatlah di awal waktu. Berusahalah. Ikutlah bersama-sama mengerjakan Tarawih. Sebelum ni jarang-jarang baca Al-Quran, kali ni luangkanlah waktu untuk membacanya. Sebaris ayat satu hari pun tak mampukah kita? Mulakan dengan sedikit-sedikit. Ikutlah bertadarus. Tak tau nak baca? Belajarlah. Buangkanlah alasan tidak cukup masa dan sibuk tu. Kita kena mencari masa, kena mencipta ruang!
Jom ubah diri!
Labels:
Renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nak seribu daya, tak nak seribu daleh. Perubahan bermula dari diri kita sendiri. Moga ramadhan ini menguatkan kembali iman kita. In syaa allah.
ReplyDeletePerlu sentiasa memperbaiki diri. InsyaAllah...
Delete