Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Monday 5 August 2013

Shopping Lagi???

Antara yang sempat disambar

Sesi shopping sakan bersambung lagi untuk kali kedua. Rasanya cukup dah ni. Semestinya, ini adalah satu nikmat untuk seorang surirumah yang tidak berpendapatan tetap dan dia diberi peluang untuk berbelanja sebegini rupa! Anggap saja ini reward untuk kamu dari suami tersayang. Terima kasih suamiku. Tapi, sesungguhnya ku melakukan semua bakti bukan untuk balasan semata-mata. Jadi, janganlah kamu mencela atau merungut pada suami pulak kalau tak dapat apa-apa. Adanya suami di sisi juga adalah satu penghargaan. Sungguh, saya pernah merasa di 'bawah'. Namun, kehadiran suami di sisi menguatkan diri. Apa yang saya alami itu masih terlalu sedikit, masih terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan umatNya yang lain, yang lebih kuat menghadapi dugaan yang datang bertimpa-timpa. Apa yang lebih penting, yakinlah dengan janji Allah yang sentiasa memberikan apa yang kita perlu.

Menjelang aildilfitri, siapa lagi yang lebih gembira kalau bukan anak-anak. Bawak anak-anak bershopping memang boleh tahan perit jugak. Berlari sana sini, terlompat-lompat siap lebam terjatuh pun ada. Kami pilih Setia Alam City Mall aje sebab itu yang paling dekat dengan rumah. Cuma, tudung saya aje dibeli kat Gombak. Sebab, susahnya nak mencari tudung yang saya minat macam di kedai I-Nur. Tudung-tudung di situ tebal, ada pelbagai saiz dan feshen. Jadi, tak ada masalah kalau nak bergaya pun sebab masih menutup aurat.

Berhati-hati dalam memilih feshen!

Pesan saya, sila berhati-hati dalam memilih pakaian untuk menutup aurat kita. Jangan dek kerana terlampau ikutkan feshen, kita jadi alpa dengan aurat. Pakaian itu untuk menutup aurat dan bukan membalut aurat. Tudung juga untuk menutup aurat dan bukan sekadar membalut rambut kerana aurat bukan hanya di rambut. Pesanan ini juga untuk diri saya supaya tidak terpesona dengan lambakan feshen yang kadangkala menggamit rasa ingin mencuba.

Bersungguh-sungguh bagi penerangan

Yeay dapat free gift!
Jangan lupa ya photo contest raya nanti. Saya akan update lagi nanti. Ada hadiah menarik termasuklah produk SKII. Saya merupakan pengguna setia SKII sejak setahun yang lalu. So far, okaylah. Kesannya berbeza-beza mengikut skin type seseorang. Jadi, janganlah serbu saya untuk tengok apa kesannya bila mengguna produk ni. Jangan terlalu mengharapkan perubahan yang cepat untuk satu-satu produk tu. Tak kiralah produk skincare ke atau produk pelangsing badan sekalipun.

Macam kulit saya memang agak bermasalah dari segi pimple scar, warna kulit tak sekata dan kering. Setakat ni, yang nampak perubahannya ialah kulit dah semakin lembab. Tapi, tang parut dan warna kulit tu masih lagi dalam proses pemulihan. Sekarang, kulit saya memang free dari sebarang make up sebab mudah sangat tumbuh jerawat. Emm...one day saya akan buat entry untuk review produk ni. Disebabkan itulah, saya nak bagi hadiah produk SKII sebab nak bagi korang rasa guna produk ni. Thanks to my hubby yang suggest saya guna produk ni dan dialah penaja utama. Kalau tak, memang tak merasalah nak guna benda alah ni. Sebab mahal! Iya, pada awalnya tulah yang saya duk membebel. Tapi, bila saya sendiri dah guna. Saya rasakan ianya berbaloi. Sebotol essence mampu bertahan dalam 3 bulan. Dan sesetengah yang lain ada yang mampu bertahan hampir setengah tahun! Apapun, kalau nak tau produk ni sesuai ke tak dengan kulit korang, bolehlah pergi ke kaunter SKII yang terdekat untuk cuba skin test.

Okay, nanti kita sambung cerita lagi ya...

11 comments:

  1. wah.. shopping sakan.. hehehe .. =)
    fiza pung ade masalah yg same kulit sensitif..
    fiza mmg pkai makeup .. tp waktu solat fiza akn remove, then pkai blik.. yg penting kne letak moisturizer lahhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu r fiza...akak ni masa sek xde la teruk sgt mslh kulit muka tu, da lama kawen ni mcm byk lak...stress kot...huhu

      Delete
    2. nnt fiza bg tau produk yg fiza gune ye .. alhamdulilah ok.. =)

      Delete
    3. ok, nanti fiza share yer...

      Delete
  2. kawan fatin ada pakai sk11 tu.. fatin tgk kulit dy pun ok juga..
    Alhamdulillah ..setakat ni kulit fatin xdak masalah apa2 lagi..
    dan fatin pun dah membiasakan diri tak pakai mekaup. setakat lipbam n bedak compaq ja.. yang fatin dengar.muka kita ni jadi jerawat semua disbbkan krim2 yang kita pakai tu dia tersumbat dan maybe juga disebabkan hormon seseorang tu.. tak pasti la kan.ni pun dengar dari kawan2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb liang pori tersumbat tu yg jd penyebab jerawat kan? skang mmg akk stop da make up...bru rse ok sket...

      Delete
  3. wahh best ke produk ni ... mahal la utk student cm yuyu ... sabaq jela ... keje nnti baru ley beli ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa yuyu, akak pun kalo sendiri aje mana mampu...ni pun sbb cik abg yang blanje, kalo tetiba dia stop nak blikan nanti, pakai bedak sejuk je la akak nanti... hihi

      Delete
  4. wow shopping.. hehe.. btw Selamat Hari Raya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah abeh shopping dah tu hehehe...selamat hari raya :)

      Delete
  5. Betul tu, feshen pun, aurat tu jgn abaikan..
    Sama la mcm sy, selagi belum raya memang tak akan abis bershopping.

    ReplyDelete