Akhirnya kami pergi jugak ke sana dan bawa anak-anak sekali. Ramai jugak yang datang. Saya tak dapat nak tumpukan sepenuh pendengaran kepada penerangan wakil di situ kerana sibuk melayan kerenah anak-anak yang dah mula merengek. Jadi, suami sayalah yang mendengarnya. Setelah beberapa lama berbincang, suami saya ternyata berminat untuk terus menjadi ahli SGI Vacation Club kerana menurutnya tawaran mereka memang berbaloi dengan harganya. Sebenarnya kita tetap akan mendapat voucher percutian percuma tu walaupun kita tak menjadi ahli. Mereka menawarkan 2 lokasi percutian iaitu di Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut dan Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan.
Kami juga mendapat beberapa voucher facial dan spa. Kebetulan, saya memang merancang nak balik ke kampung di Perak kerana suami dah pun kembali bertugas di Papua New Guinea. Jadi, saya merancang untuk membawa ahli keluarga saya dan anak-anak ke Damai Laut. Saya memilih 16-18hb nov. Buat pengetahuan semua, voucher ni hanya sah digunakan pada hari ahad-khamis dan tidak termasuk cuti umum dan cuti sekolah. Apapun memang kena booking dulu untuk melihat availability tarikh yang kita pilih. Kita akan menerima confirmation slip dalam masa 14 hari sebelum travel date. Memang masa sangat terhad kerana hampir dengan cuti sekolah. Kami mendapat 1 bedroom apartment.
Pada 16hb Nov, kami bertolak dari rumah selepas Zohor kerana waktu check in ialah jam 3 petang. Perjalanannya memang sangat jauh. Saya tak dapat nak snap gambar sepanjang perjalanan kerana saya juga memandu sendiri selain dua buah lagi kenderaan dipandu oleh abang saya dan keluarga. Sebelum saya ke sini, memang saya dah mula menggoogle beberapa blog lain mengenai tempat ni. Siapa yang nak tau tu bolehlah cuba google sendiri. Memang ada banyak pendapat. Ada yang said okay, ada yang tak.
Kami tiba di sana lebih kurang jam 4 petang. Saya terus ke bahagian lobby dan check in. Tak sampai sepuluh minit, kami diberi kunci untuk ke bilik penginapan. Kami memandu terus ke blok F.
Ini pintu masuk ke penginapan kami, tapi sebenarnya tempat kami di bahagian Lower Ground, so kenalah turun tangga. Memang saja nak bagi mak buyung ni exercise hehe.
Mula-mula sekali kita akan jumpa ruang dapur. So, lengkap ada peti ais, induction cooker dan beberapa peralatan memasak. Kalau boleh bawaklah lebih sikit peralatan tu dari rumah jika anda memang merancang untuk memasak di sini. Macam saya memang dah diberikan penerangan mengenai kelengkapan apartment oleh wakil SGI. So, kami memang dah prepare awal-awal bawak segala benda.
Ada 2 single bed di dalam bilik yang akhirnya kami cantumkan aje. Dalam bilik ada aircond tapi sayangnya tak dapat nak ubah suhu so memang sejuk betul.
Ni pula ruang makan yang juga bersambung ke ruang tamu. Bahagian ni ada kipas dan aircond.
Ruang menonton tv, ada channel astro dan juga channel tempatan.
Bilik air. Budak-budak frust kejap sebab tak ada tub mandi. Haha. Tak apa, nanti boleh mandi di swimming pool berdekatan dengan lobby.
Okay...ini dia rungutan yang banyak saya baca dari blog lain mengenai apartment ni. Lalat! Memang terlalu banyak. Sebab sampai aje terus memang ada banyak lalat di situ. Memang tak dapat nak elak. Redha ajelah.
Tak jumpa monyet pun agaknya sebab musim hujan, monyet tidur tak keluar hehe. Pagi tu kami semua merancang nak mandi-manda di kolam renang aje. Manakala, abang saya yang dua orang lagi tu pergi memancing.
Memang mandi sakan sampai tengahari. Dah tengahari rasa lapar baru balik bilik hehe. Tenghari tu abang belikan nasi dan lauk dari luar aje.
Malam tu pulak, abang masakkan nasi goreng hailam gitu. Untung betul kita ada bawak chef ni hehe. Saya tak dapat nak jalan-jalan di area sana kerana petang aje memang hujan. So, malam tu memang lapar betul.
Secara keseluruhannya, bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Ada banyak kejadian dan insiden yang susah nak lupa kat sini. At least, boleh diingat-ingat dan diceritakan bila dah berkumpul lagi bersama-sama. Saya boleh katakan, tempat ni memang sesuailah untuk pasangan yang nak berhoneymoon. Macam kami ni, tak ada aktiviti sangat. So, memang banyak terperap aje. Nak keluar pun jauh pulak. Apapun, terima kasih kepada staff Swiss-Garden Damai Laut yang begitu mesra melayani kami. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi. So, ke mana kita next vacation????