Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Tuesday, 27 August 2013

Anda Kaki Game?

Saya suka main game dalam telefon. Tapi, bukan dalam kategori addicted. Kiranya, main bila perlulah (amboi, ayat mengelat! hihi). Game di tv pun saya suka jugak. Di rumah ni ada Nintendo Wii, memang sesekali seronok bermain terutamanya bersama anak-anak. Kadang-kadang, itulah salah satu cara saya meluangkan masa dengan anak-anak, kita have fun sama-sama. Main lumba basikal, ping pong (asyik kalah aje lawan dengan hubby...huh). Tapi, saya paling suka game memasak sebab saya rasa kepakaran saya lebih terserlah kat situ berbanding di dapur! Cenggitu pulak! Hehe...

Saya nak share top 5 game yang menjadi favourite saya. Khas untuk pengguna android, kesemua game ni boleh di download dari play store atau di google play.

1 - Kopi Tiam


Ini ialah game yang paling saya suka! Mula-mula dulu saya cuma main free version aje. Disebabkan saya suka sangat, saya beli game ni. First time tau beli game! Main sampai pengsan. Hehe... Game ni dihasilkan oleh Afzainizam Zahari. Game ini tentang time-management untuk sebuah kedai yang melibatkan makanan dari Singapore, Malaysia dan Indonesia. Kan saya kata, saya suka game masak-masak. Saya rasa game ni sangat sesuai untuk foreigner yang nak tau dengan lebih lanjut tentang makanan terbaik kita kan.

Huiyo! Satay dan ketupat in da house!
Mana tau dengan bermain game ni, boleh mendatangkan minat pada pelancong asing untuk ke negara kita kan. Macam-macam makanan dan minuman ada, ketupat, satay, nasi lemak, nasi ayam, mee rebus, roti canai, kopi, milo dinosaur pun ada!


Haa...jangan bagi customer marah tau...huhu... Nak tau dengan lebih lanjut pasal game ni bolehlah ke www.afzane.com , ada macam-macam game menarik lagi kat sana. 

2 - The Sims Freeplay


Saya rasa game ni semua orang tau kan. Famous game ni. Konsepnya lebih kepada real life game. Boleh makan, minum, berkerja dan dapat duit, lepas tu boleh beli rumah dan hias rumah. Tapi, game ni macam tak berapa sesuailah untuk budak-budak tak cukup umur tu terutama sekali part yang kena dating, kena kahwin tu. Hehe...


3 - Candy Crush Saga



Mula-mula dulu rasa menyampah sangat bila notification FB saya penuh dengan request game candy crush ni. Menatang apalah candy crush ni yang orang suka sangat nak request kat saya. Saya pun memulakan investigation ala-ala detective conan tu, pergilah tengok. Dah tengok, cubalah main sikit. Dah main-main sikit, emm...best jugak! Hehe...


Ada peminat candy crush kat sini? Hehe...

4 - Pou


Pou ialah virtual pet game. Inilah alien cute yang kita kena jaga. Kena bagi dia makan, bagi dia minum dan bermain. Dalam masa yang sama kita boleh customize dia ikut kesukaan kita. Anak-anak saya suka ni. Saya rasa ni sesuai untuk anak-anak kan. Sambil diorang bermain, diorang juga diberi rasa tanggungjawab untuk menjaga virtual pet ni. Lagipun, anak-anak saya memang tak ada bela real pet kat rumah ni. Memang sesuai sangatlah bagi diorang bela ni dulu. Teringat pulak dulu-dulu kita main tamagotchi! Best kan...

Cute kan? Kak Mia Liana punya...hehe
Comel kan pou pink ni? Saya pinjam kak Mia Liana punya. Dah tinggi level kak Mia Liana, saya punya baru nak mula. Jom tengok lagi kat Pou Mia Liana

5 - Bakery Story



Kalau dah suka game masak tu, kenalah ada game cake ni...hehe. Saya suka ni sebab saya tak pandai baking di dapur, tapi terror buat cake dalam game...haha...nampak sedap tau! 

Selesai sudah review top 5 game yang saya suka. Konklusinya, tak kisahlah kita suka main game apa sekalipun. Atau apa juga kegemaran kita selain bermain game. Apa yang lebih penting ialah kita menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Janganlah main game sampai tak ingat nak solat, lupa nak makan, tak mandi. Jangan addicted pada perkara yang boleh mendatangkan lagha. Tak salah nak berhibur, tapi biar kena dengan tempatnya. Biar berpada-pada. Haa...jangan request game pada orang yang tak main game ya. Sia-sia aje kena sumpah nanti. Hehe...So, apa game kegemaran korang? Jom share dengan saya.

Monday, 26 August 2013

Brilliant Ads

Hanya melalui satu gambar, mampu menyampaikan maksud dengan lebih baik berbanding percakapan. Terutama sekali bila ianya tentang iklan! Betul tak? Kadang-kadang gambar tu simple aje tapi maksudnya yang mendalam tu menusuk jauh ke dalam hati. Iklan tv yang tak berdialog pun sama jugak kan? Tapi, tak semua iklanlah. So, kali ni saya nak share sikit antara iklan-iklan yang kreatif.









Nak tengok banyak lagi, boleh klik SINI

Sunday, 25 August 2013

Gegaran Dinosaur Di Shah Alam


Ini merupakan kali pertama saya bawa anak-anak ke pameran Dinosaur. Tak ramai juga yang tau pasal ni. Saya dapat tau pun kebetulan masa blogwalking dan terima kasih banyak-banyak sebab buat entry pasal pameran ni (sedihnya saya lupa nama blogger tu, lepas ni kena take note!). Lepas habis swimming class di pusat akuatik, saya terus gerak ke sini. Pameran dinosaur ni terletak di Muzium Sultan Alam Shah atau lebih dikenali dengan nama Muzium Shah Alam. Ada lebih kurang 10 dinosour yang dipamerkan di situ, mungkin lebih, betulkan saya ye sebab saya memang tak kira berapa ekor yang ada kat sana. Replika dinosaur ni dilengkapi dengan teknologi animatronik, so bolehlah nampak dia bergerak-gerak sikit. Bunyinya dari luar pun boleh kita dengar dengan kuat, tu yang anak saya takut nak masuk.


Sorrylah gambar tak berapa clear sangat sebab snap guna camera hp aje, camera canggih cik abang saya dah bawak pergi diving (sedih tak dapat ikut!). Haa, bayaran masuk ke pameran ni pun sangat berpatutan ya. Siap ada pakej keluarga lagi.

Bayaran Masuk:

Dewasa : RM10 (18 Tahun ke Atas)

Kanak-kanak : RM5
*kemasukan percuma bagi kanak-kanak 4 tahun ke bawah

Pakej Keluarga : RM25
 *2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak 

Jom layan gambar pulak.




Cik kak ni asyik berdukung aje, sebab takut!


Ada tayangan video juga
Pada yang belum berkesempatan ke sini, jangan risau sebab pameran ni akan berada di sini selama 2 tahun! Ada banyak lagi masa untuk ke sini ya. Pameran ni adalah kerjasama antara Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan Syarikat Total Sport Asia. (SUMBER)

Haha! I pun nak bergambo juga

Friday, 23 August 2013

CPUV 1


Benda dah lama ni, baru sekarang sempat nak share. Orang lain dah dapat banyak dah, kita baru nak ada satu. Huhu. Kecoh aje kan! Hihik. Maklum la, baru-baru ni aje saya rajin nak mula balik berblog. Kalau sebelum ni asyik terperuk, update pun jarang-jarang. Dulu, saya memang tak tau apa bendalah ni kan. Masa letak iklan Nuffnang dulu pun sebab tengok blogger lain letak iklan, kita pun joinlah. Bila saya start balik berblog, baru saya tergerak hati nak tau apa bendalah ni. Siap google lagi tau cara macam mana nak dapatkan CPUV ni. Alhamdulillah, ada ramai blogger yang share pasal cara-cara nak dapatkan benda ni.

Jadi, saya pun followlah step yang disenaraikan tu. Mula-mula tu memang excited sangat. Katanya kena rajin hantar ticket kat Nuffnang, then kena rajin update survey, kena rajin update blog. Saya buat semua tu. Mula-mula sekali saya hantar ticket yang pertama, bertanyakan pasal CPUV ni. Tak lama lepas tu saya hantar lagi ticket yang kedua sebab masa tu saya tetiba aje jadi non-glitterati tanpa sebab. Saya update survey walaupun masa tu dah tak tau nak tulis apa dah. Saya ubah kedudukan iklan. Emm...semuanya masih sama aje. So, saya biarkan ajelah, tak ada mood dah and rasa macam give up, tak nak berharap. Lagipun, itu bukan tujuan utama untuk saya berblog. Cuma, kalau ada benda-benda macam ni, rasanya tak salahkan kita menikmatinya.

Lebih kurang seminggu lepas tu, saya bukak balik tengok-tengok dah ada benda ni! Seronok. Tapi tulah, teringat kata Rara , benda-benda macam ni tak boleh stress. Anggap aje blog ni untuk suka-suka, kalau dapat usaha gigih sikit bagi iklan kekal lama. Kalau tak dapat, kita still rasa okay sebab benda ni suka-suka kan. Kena relax sikit. Huhu. Jadi, say alhamdulillah...

Thursday, 22 August 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Petai Oh Petai!!!


Inilah stok petai yang dibuat sendiri oleh suami saya, memandangkan dalam rumah ni hanya suami aje yang begitu minat makan benda ni. Saya? Emm...tak makan. Pernah makan kot. Entah dah tak ingat. Tapi, saya suka sambal tumis yang ada petai. Suka sebab ada bau-bau petai tu sikit sebab tak kuat sangat kan. Suami saya selalu outstation, jadi untuk memastikan keperluannya sentiasa ada di rumah, jadi dia buatlah stok petai macam ni. Cuma, rebuskan petai bersama kulitnya sekali, lepas tu kupas dan masukkan ke dalam bekas bertutup yang diisi air dan garam. Semuanya dibuat sendiri oleh suami sebab saya tak tahan bau petai tu masa kena rebus. Baunya! Oh...cubalah rebus dan bau sendiri. Hihik. Walaupun petai ni mempunyai bau yang agak kuat, ada banyak khasiatnya.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)

Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkala mendapat sindrom premenstrual.

Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.

Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.

Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal. (SUMBER)

Wednesday, 21 August 2013

Soalan Cepuk Cemas


Gambar ni saya share dari facebook. Bila baca ni memang buat saya tersenyum lebar. Bukan apa, dulu saya pun biasa dihujani dek soalan-soalan macam ni. Wah, dihujani ok! Mencurah-curah soalan yang datang. Huhu. Biasalah kan, masyarakat Melayu kita memang terkenal dengan soalan-soalan macam ni. Sekarang, saya dah berkahwin dan dah beranak-pinak pun masih lagi dapat soalan yang macam ni. Iyalah, dah ada tiga anak pun, ada juga yang bertanya 'tiga aje ke? Bila nak tambah lagi?'. Aduhai, yang tiga ni dah naik semput menjaganya, sabar-sabarlah kalau nak tambah lagi. Haha...

Raya ni memang bertambah meriah dengan soalan-soalan yang seumpama ni kan. Bukan kata raya aje, time kenduri kahwin, kenduri anak saudara nak berkhatan pun masih ada yang sempat meengeluarkan stok soalan-soalan macam ni. Tapi, jarang pulak yang bertanya, 'eh, bini yang sama lagi ke? Bila nak tukar? Bila nak tambah bini baru?' Ada yang berani nak tanya macam tu ke? Tak ada pulak kan? Sudah-sudahlah nak jadi Detective Conan sangat. Kadang-kadang saya menyirap juga dengan orang yang suka sangat bertanya soalan macam ni. Macam tak ada sensitiviti pulak. Bukan dalam perkauman aje yang kena ada sensitiviti tau. Bukan apa, tanya soalan pasal anak pada orang yang dah dekat 10 tahun tak ada anak, tak ke mengguris perasaan orang tu dalam diam. Jangan nak kata dia dah lali ke apa, sebab kita sendiri tak tau apa perasaan dia yang begitu kepinginkan zuriat.

Tanya pulak soalan bila nak kahwin pada orang yang dah membujang dekat 10 tahun, itu pun dikira mengguris perasaan jugak. Siapa yang tak nak kahwin? Siapa yang tak nak ada suami/isteri, dan kemudian hidup bahagia bersama anak-anak hingga ke akhir hayat? Saya pasti, semua orang mengimpikan hal yang sama kan. Kehidupan kita lebih baik dalam rumahtangga itu tidak memberikan kita hak untuk mengusik perasaan orang lain tanpa sedar. Kita mungkin rasa biasa-biasa aje, tapi mereka?

Berhati-hatilah dalam menyusun kata. Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata, makan dalam jadinya. Jodoh, rezeki dan ajal itu adalah rahsia Allah. Namun, masih ramai yang asyik mempertikaikannya. Bersabarlah kepada mereka yang ditimpa ujian dan dugaan. Bersangka baiklah dengan Allah, jodoh yang lambat tiba barangkali untuk memberi ruang supaya kita lebih dekat denganNya dan memperlengkapkan diri sebelum bergelar suami/isteri. Zuriat yang belum kunjung tiba, barangkali untuk memberi kita peluang untuk menguatkan diri sebelum menjadi ibu bapa Mithali.

Sampaikan ada yang komen kat facebook, katanya kalau ramai sangat yang suka tanya soalan macam ni, printkan aje banyak-banyak dan simpan dalam handbag, lepas tu bagi pada yang bertanya. Haha. Sampai begitu sekali sebab penat dah nak menjawab. Sebab yang bertanya tu pun sebenarnya bukan orang lain, saudara mara kita juga, kenalan rapat kita juga.

Jadi, di bulan yang mulia ni apa kata kita banyakkan bermuhasabah diri. Renung balik perjalanan kehidupan kita ni dan belajarlah untuk lebih menghargai insan sekeliling kita.

Sunday, 18 August 2013

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Jalan-Jalan Cari Makan

Pantang ada kelapangan, pastinya akan dipenuhi dengan aktiviti bersama anak-anak. Kali ni kami ke Setia City Mall. Sejak adanya mall ni, kami dah tak perlu bergerak jauh lagi. Shopping raya hari tu pun kat sini jugak. Lebih mudah sebab dekat dengan Kuala Selangor kalau nak dibandingkan perlu ke Shah Alam atau jauh lagi dari tu. Lagipun, banyak tempat menarik ada di dalam mall ni. Nak shopping baju, cari makan, cari buku. MPH ada, Daiso ada, F.O.S ada. Lagi dekat lagi bagus, senang bawak anak-anak ni. Ok, acara makan-makan kali ini bertempat di Ichiban Boshi Japanese Restaurant. Selepas Sushi King hari tu, saya makin berani nak mencuba makanan Jepun ni. Tapi, macam biasalah nak cari nasi juga. Kiranya takut-takut beranilah tu sebab tak sentuh sushi pun. Haha. Jom layan gambar ni.

Gyu Teridon With Miso Soup


Kids Meal




Berkali-kali belek menu, akhirnya saya pilih untuk order Gyu Teridon iaitu nasi bersama daging dan Miso Soup. Saya sangat suka Miso Soup. Dulu saya pernah cuba buat, tapi rasanya tak sesedap yang ada di kedai. Tak taulah silap tang mana. Suami saya pulak order sushi, sebab dia memang suka. Sushi yang dipilihnya ialah Tuna Inari, Syabu-syabu Salmon dan Jyo Unagi. Saya pandang aje sekilas, tekak tak terasa nak mencuba pun. Tak sangka ada kids meal rupanya di sini. So, sangat senanglah untuk kami pilih makanan budak-budak ni. Suami saya pilih 2 set kids meal yang platenya macam aeroplane. Di dalamnya ada 1air vitagen, sosej, nugget, udon, ebiko sushi dan egg sushi. Ada salad sikit. Mi udon tu sedap! Secara keseluruhannya, semuanya sedap sebab saya masa tu memang tengah lapar. Haha.

Yeay! Kasut baru!
Yeay! Sempat pulak papa beli kasut baru untuk anak-anak. Untuk mamanya, tengok ajelah ya. Haha. Perut dah kenyangkan, so cukuplah tu walaupun di mataku waktu tu ada banyak kasut yang berkenan di hati. Takpe, simpan aje. Mana tau ada rezeki lain kali dapatlah kasut baru.


Sempat juga singgal di Planet Popcorn. Dulu pernah beli perisa Karamel. Kali ni singgah beli perisa lain pulak, Kimchi dan Seaweed. Selain dari tu sebab nak dapatkan cop redeem tu. Nanti next time boleh dapat free 1 pack bila cukup 5 cop tu. Rasa yang Kimchi tu best sikit sebab masam-masam pedas. Seaweed pulak rasanya lebih kurang macam Seaweed biasa tu aje tapi sedap. Adalah sikit-sikit macam Tao Kae Noi.

So, next time kita nak cuba makanan apa pulak yer?

Friday, 16 August 2013

Cuti-Cuti Raya




Percutian sambil ziarah raya selama 3 hari 2 malam di Johor memang menyeronokkan. Ini kali pertama saya dan keluarga mertua berhari raya di Johor. Kami bertolak dari Kuala Selangor terus menuju ke Kluang dan menetap di Annika Inn pada malam pertamanya. Annika Inn terletak berhampiran dengan Kluang Mall. Hotel budget aje dan memang sesuailah sebab kami cuma nak berada di situ satu malam saja. Adik ipar saya sekeluarga pun memang menetap di hotel yang sama, ada induksi di kawasan tu. 



Semasa hari pertama kami sampai kami terus pergi cari makan. Malam tu kami makan di Asam Pedas Kota Melaka di pekan Kluang juga sebab suami saya suka makan asam pedas. Ok, not bad. Sedap juga. 



Dari awal sampai akhir asyik gambar durian aje. Mana taknya kalau dah memang bertapa di kebun durian. Anak-anak sayalah yang paling seronok bila dapat merasa sendiri berada di kebun. Siap petik sendiri buah jambu air. Petik buah durian tu memang taklah! Haha! Kebun tu di Kampung Serkat. Jenuh jugalah nak mencari rumah saudara mara. Nasib baik ada waze. Itulah gunanya teknologi, rugi kalau ada tapi tak digunakan. Betul tak?

Percutian ni rasa singkat sangat, tau-tau aje dah nak balik. Rasa tak puas. Kalau boleh nak berjalan berminggu-minggu. Siapa yang tak suka berjalan dan bercuti macam ni kan? Seronok bila sesekali lari jauh sikit dari rumah. Kita rehat-rehat bersama keluarga dan anak-anak. InsyaAllah, next time kita pergi bercuti lagi yer. Jumpa lagi!