Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru : Apa Yang Patut Diperbaharui?


Tahun berganti tahun, masa tetap berlalu. Selamat dtg utk tahun yg baru. Ada org yg kita syg pd tahun lalu, tidak lagi bersama kita pada tahun ini. Pasti ada byk perkara yg membahagiakan dan melukakan berlaku pada tahun lalu.

Di sana sini blog juga pasti membuat entry yg sama tentang tahun baru kan. Facebook pun penuh update psl tahun baru. Perkara yg sinonim sekali dgn tahun baru ialah AZAM! Biasalah tu, asal muncul tahun baru aje mesti ada azam baru. Azam aku sekian, sekian. Azam aku begini, begini. Seolah-olah azam dan tahun baru tu satu pasangan yg tak boleh dipisahkan.

Azam tu apa sebenarnya? Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, azam ialah kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yang sgt kuat. Jadi, sangat jelas di sini bahawa azam itu ialah sst yg kita inginkan, yg mahu kita capai. Boleh juga menjadi satu misi penting dalam kehidupan kita. Ianya bukan sekadar angan-angan kosong yg hanya membuahkan senyuman tanpa hasilnya.

Macam mana dgn azam korang yg sebelum ni? Semuanya tercapai? Atau masih lagi tergantung-gantung, terkapai-kapai tanpa hala tuju yg pasti? Agak-agaklah kan, kenapa jadi macam tu?

Azam tu bukan sekadar ucapan manis di bibir saja. Ianya perlu dicatat. Perlukan perincian! Tak cukup kalau hanya berazam nak jadi baik, nak jadi pandai, nak perbaiki iman. Perlu ada penjelasan, nak baik yg macam mana, pandai yg bagaimana, nak uprade tang mana iman tu. Semua kena jelas. Itu baru namanya azam. Nak baik, tak nak lagi lawan cakap mak ayah. Nak pandai, nak dapatkan 5A dalam UPSR. Nak perbaiki iman, nak solat awal waktu dan nak buat solat Dhuha setiap hari. Ini semua sekadar contoh utk menjelaskan maksud saya tadi.

Azam perlu datang bersama usaha dan doa. Kena tekad. Jangan berazam krn ikut-ikutan. Dan satu perkara yg lebih penting, ada azam yang baik tetapi tidak solat, ianya tidak bernilai apa-apa pun di sisi Allah SWT. Jadi, solatlah. Itu kuncinya.

Berdoalah


Doa ialah senjata org Mukmin. Tajamkanlah doa dgn berhati-hati dan teliti. Jgn dibiarkan senjata kita tumpul krn kita sama sekali tidak tahu bila musuh akan dtg menyerang.

Renungkanlah sejenak,

Ada juga yg mempersoalkan hidupnya tetap susah walaupun membaca doa tersebut setiap hari. Jika begitu hasilnya, pasti ada yg tidak kena. Cuba kita tanya pd diri sendiri, bagaimanakah keadaan kita sewaktu membaca doa tersebut?

Org yg kerjanya mengemis tetapi jika cara mengemisnya tidak betul, sudah tentu tdk akan ada org yg kasihan apatah lg mahu bersedekah kpdnya. Begitu juga halnya dgn kita yg 'mengemis' kepada Allah. Jika membaca doa laju seperti peluru, satu patah perkataan pun tidak faham, ditambah lagi dgn otak yg melayang-layang entah ke mana, hati pula sibuk risau tentang dunia, duduk antara dua sujudnya pun bagai org yg dicucuk jarum pada punggungnya. Apakah patut kita menerima hasil drpd doa tersebut? Apabila adab berdoa tidak betul, layakkah kita menerima hasil doa tersebut?

Satu perkara yg perlu kita ingat, doa diperkenankan semasa kita berusaha dan bukannya semasa kita meminta. Baru aje sekali, dua berdoa dah bising-bising kenapa tak dimakbulkan? Lepas tu dah mula mengalah dan kurang berdoa. Mula mintak bantuan org lain. Lebih byk kita mintak tolong dgn manusia, lagi kurang keyakinan kita dengan Allah.

Maksudnya :

Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina."

(Surah Ghafir 40: 60)