Iya...kisah hari tu rupanya ada sambungan. Sungguh, bila malang tu tak berbau, memang saya tak sangka perkara ni akan berlaku. Selepas seminggu kejadian anak saya jatuh di sekolah hari tu, boleh rujuk SINI untuk tau lebih lanjut. Anak saya sekali lagi ditimpa musibah, jatuh buat kali kedua dan terkena di tangan yang sama. Jika sebelum ini hanya terseliuh, kali ini retak 2 tulang siku. Macam mana boleh jatuh lagi? Di tempat yang sama pulak tu??? Kenapalah tak jaga anak elok-elok sampai boleh jatuh lagi?
Kisahnya bermula petang 4 Sept lalu. Saya pakaikan anak saya inai. Dek kerana terlalu excited, anak saya pergi berlari ke rumah jiran sebab nak tunjuk inai. Masa tu jiran tengah cuci lantai. Anak saya dengan tak bagi salam, tak bagi signal terus gedebuk jatuh. Saya tak tau dia jatuh macam mana sebab dia balik ke rumah pun dah menangis. Memang dah banyak kali dah saya pesan kalau pergi rumah orang tu bagi salam dulu dan inform saya kalau nak ke mana-mana. Kadang-kadang dia terlupa dan inilah balasannya.
Ayah mertua saya terus bawak dia ke klinik dan x-ray. Doktor sahkan ada 1 keretakan di tulang siku dan perlu segera di bawa ke hospital untuk kes kecemasan. Kalau tanya perasaan saya masa tu, memang kalut. Dalam kalut-kalut saya terus whatsapp suami saya yang sekarang tengah bertugas di Australia. Suami terus arahkan bawa ke KPJ. Saya dan ayah mertua bawa ke KPJ Klang memandangkan itu yang paling dekat.
Sampai saja di sana, selepas register dan mereka check semula keputusan
x-ray. Setelah diteliti semula, sebenarnya ada 2 keretakan. Kena tunggu
apa kata pakar sama ada perlu dioperate atau cuma simen. Alhamdulillah,
tidak perlu dioperate dan hanya perlu pakai simen selama lebih kurang 3
minggu untuk merehatkan kembali keadaan tangan. Tapi, apapun anak saya
kena admit.
Menjelang pukul 10 malam, akhirnya anak saya pun tidur. Doktor Sim Chaw Shian yang merawatnya tak sampai hati nak kejut dia sebab nak simen di tingkat bawah, terus bawak semua peralatan dan simenkan tangan anak saya di atas katil. Thanks doc! Malam tu ayah mertua saya temankan anak sebab saya perlu balik tengok anak-anak yang ditinggalkan dengan mak mertua.
Main kat playroom |
Tangkap gambar curi...haha |
Cinonet aje gambarnya sebab saya tangkap curi-curi dari jauh. Jadilah kan. Huhu.
Comey aje anduh angry bird |
Be creative dan contenglah puas-puas ye |
Sepanjang 5 tahun usia perkahwinan saya, selama ada anak-anak...apapun musibah yang menimpa anak-anak, suami tak pernah sekali pun menyalahkan saya selaku ibu dan isteri, perkataan 'cuai' tidak pernah keluar dari mulutnya untuk meletakkan semua kesalahan di bahu saya...tidak ada satu ibu dalam dunia ni yang nak perkara buruk menimpa anak2.
Terima kasih kepada suami kerana selalu menjadi seorang suami yang memahami. Terima kasih juga kepada ibu dan bapa mertua yang selalu memberi sokongan di saat saya jauh dari suami dan keluarga sendiri.
Pesanan saya, jangan judge suatu situasi mngikut tekaan sendiri dan usah berkalau-kalau...Allah dah susun siap-siap...ini pelajaran untuk kami dan ini pengajaran untuk kalian...
Jika
engkau tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, "Seandainya aku
berbuat begini dan begitu, niscaya hasilnya akan lain." Akan tetapi
katakanlah, "Allah telah mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia
Perbuat." Sebab, mengandai-andai itu membuka pintu setan." (HR. Muslim)