Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Wednesday, 13 May 2015

Rabbit Fun Park, Kuala Selangor



Rabbit fun park terletak di kawasan Bukit Malawati, Kuala Selangor. Lokasi yang lebih tepat ialah dekat area Taman Ikan Air Tawar bersebelahan Taman Alam. Anda boleh pilih untuk naik tram terus ke Bukit Malawati yang akhirnya akan bawa masuk ke Taman Ikan Air Tawar ataupun terus saja walk in ke sini. Saya pilih untuk ke Rabbit Fun Park dan Taman Ikan Air Tawar. Tempat ni lebih kurang macam Fun Rabbit Land, petting zoo kat Bukit Broga tu. Cumanya di sini kawasan kecil sikit but semua okay. Dari rumah saya, perjalanan mengambil masa lebih kurang 10-15 minit je. Tempat ni baru je ditubuhkan pada bulan March lalu. 





Ada juga disediakan tempat untuk anak-anak mewarna. Pertandingan mewarna sebenarnya. Jika lukisan anak-anak anda terpilih, akan diberikan hadiah istimewa.



Macam lukisan anak saya memang tak ada harapanlah. Haha. Tak kisahlah janji anak-anak happy kan. Cantik dah tu.




Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman ni. Jom bawak anak-anak melawat sambil memupuk sifat penyayang kepada sesama makhluk di dunia ni.  

Tuesday, 12 May 2015

Pantai Remis (Remis Beach) Kuala Selangor

Nak bawa anak-anak berjalan, tak semestinya kena pergi jauh-jauh. Asalkan bersama anak-anak, di mana pun okey. Actually, ni cerita bulan 3 hari tu baru sekarang teringat nak upload hehe. So, apa yang ada di pantai remis ni? Banyak aktiviti boleh anda lakukan di sini. Boleh memancing, main layang-layang, cari kerang. Kedai makan juga ada banyak di situ. Kawasannya juga luas dan selalu menjadi tumpuan pada sabtu ahad dan musim cuti sekolah. 






Cuaca agak panas tapi sebenarnya berangin sebab tepi pantai kan. Masa kami sampai tu dalam pukul 3, orang memang dah ramai. So boleh bayangkanlah seawal pukul berapa dia orang sampai kan. Ada yang berkelah di balik pokok. Oh ya, The Kabin juga dekat dengan tempat ni. Dapat tengok dari luar ajelah. Cantik tempatnya. Pada yang berkesempatan tu jangan lupa datang sini. Maklumat lebih lanjut mengenai tempat ni bolehlah log on ke www.kuala-selangor.com 

Sunday, 3 May 2015

Jalan-Jalan Cari Buku Di PBAKL 2015

Dah bertahun diadakan baru kali ni saya merasa pergi. Dah beranak 4 baru dapat rasa. Sebelum ni macam-macam hal yang menghalang. Misi dilaksanakan bersama anak-anak dan adik ipar. Alhamdulillah kami berjaya pergi dan tiba dengan selamat. Perjalanan dimulakan dari Kuala Selangor dengan menaiki kereta dan bersambung menaiki train di Sungai Buloh. Memandangkan kami pergi pada 1 Mei, so faham jelah jalan sesak masa cuti hari pekerja kan. Tu sebab kami naik train je rasa lebih mudah dan selamat. Selamat tiba di PWTC sekitar jam 11 pagi. Masa tu orangnya punya ramai jangan ceritalah. Nasib suami saya tak ikut sebab dia tak suka tempat crowded.

Saya mengaku dalam sesetengah perkara saya agak praktikal, jadi saya datang siap membawa list buku yang lengkap dengan booth location. Pergi bersama anak-anak kecil akan membuatkan kita menggunakan masa dengan wisely. Kanak-kanak tak boleh lama di tempat yang sesak macam ni. Saya juga menggendong anak yang paling kecil berumur 4 bulan. Ketiga-tiga anak yang lain pula berumur 7, 5 dan 3 tahun, semuanya diagihkan kepada setiap adik ipar saya dan bergerak secara berasingan.


So, lebih kurang pukul 1 lebih macam tu saya berjaya dapatkan kesemua buku yang saya idamkan mengikut list. Inilah kesemua buku yang saya beli. Bernilai lebih kurang RM300 lebih. Ada banyak diskaun menarik.

Kalau diberi pilihan antara shopping baju dengan buku, saya akan pilih buku. Barang jahit dengan buku, saya akan bahagi dua budget tu dan beli kedua-dua barang. Haha. Barang jahit dan buku adalah dua benda yang akan buat saya jadi tak terkawal sikit.


Semasa berada di booth Dubook Press, ada satu kenangan manis berlaku di situ. Semasa saya beratur panjang untuk membayar buku, anak saya merengek sikit mungkin sebab panas kerana terlalu lama duduk dalam wrap. Tiba-tiba ada seorang akak ni datang mencuit dan mintak saya duduk tenangkan anak sementara dia akan bantu beratur dan membayarkan buku tu bagi pihak saya. Speechless sangat. Masa tu jugak ada beberapa girls pelawa saya duduk dulu. Alhamdulillah. Bukan nak cakap apa, tapi sepanjang saya berada di sana segala urusan dipermudahkanNya. Bukan kerana saya membawa anak kecil je tapi masyarakat kita prihatin. Ramai juga yang membantu saya ambilkan buku, beri laluan ke kaunter pembayaran. I'm proud to be Malaysian!



Siapa tak kenal Siti Rosmizah, penulis novel terkenal Andai Itu Takdirnya. Kali ini melancarkan pula sambungan novel tersebut. Saya rasa terharu sangat dengan staff SR Publication kerana dia sudi mendahulukan saya untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan Siti Rosmizah. Peminat SR di situ juga begitu sporting dan sudi mendahulukan saya. Andai terbaca tulisan saya, terima kasih sekali lagi saya ucapkan.



Kali ini bersama pula dengan penulis novel Norhayati Berahim, Mula lebih mengenali penulis ini di facebook baru-baru ini. Orangnya sangat ramah, status facebooknya selalu berisi dan menarik.



Kenal tak siapa ni? Aloy Paradoks a.k.a Chef Adam di dalam drama Teman Lelaki Upahan. Orangnya ramah dan sempoi. Terngiang-ngiang aje dia menyanyi lagu minyak angin Cap Kapak tu. Haha. Sempat sambar 3 buah buku tulisannya dari Selut Press.

Satu pengalaman yang indah untuk dikenang. InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi PBAKL!

Friday, 21 November 2014

Cuti-cuti Di Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut

Ini memang program cuti-cuti yang tak dirancang. Kebetulan pada 27 Sep yang lalu, suami saya hadir ke De Palma Hotel, Kuala Selangor setelah mendapat satu sms jemputan dari Swiss-Garden Vacation Club. Menawarkan kami voucher percutian 3 hari 2 malam dengan hanya mendengar sahaja penerangan dari diorang. Awalnya saya macam tak berapa yakin dan cuba memujuk suami supaya jangan pergi.

Akhirnya kami pergi jugak ke sana dan bawa anak-anak sekali. Ramai jugak yang datang. Saya tak dapat nak tumpukan sepenuh pendengaran kepada penerangan wakil di situ kerana sibuk melayan kerenah anak-anak yang dah mula merengek. Jadi, suami sayalah yang mendengarnya. Setelah beberapa lama berbincang, suami saya ternyata berminat untuk terus menjadi ahli SGI Vacation Club kerana menurutnya tawaran mereka memang berbaloi dengan harganya. Sebenarnya kita tetap akan mendapat voucher percutian percuma tu walaupun kita tak menjadi ahli. Mereka menawarkan 2 lokasi percutian iaitu di Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut dan Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan.


Kami juga mendapat beberapa voucher facial dan spa. Kebetulan, saya memang merancang nak balik ke kampung di Perak kerana suami dah pun kembali bertugas di Papua New Guinea. Jadi, saya merancang untuk membawa ahli keluarga saya dan anak-anak ke Damai Laut. Saya memilih 16-18hb nov. Buat pengetahuan semua, voucher ni hanya sah digunakan pada hari ahad-khamis dan tidak termasuk cuti umum dan cuti sekolah. Apapun memang kena booking dulu untuk melihat availability tarikh yang kita pilih. Kita akan menerima confirmation slip dalam masa 14 hari sebelum travel date. Memang masa sangat terhad kerana hampir dengan cuti sekolah. Kami mendapat 1 bedroom apartment.

Pada 16hb Nov, kami bertolak dari rumah selepas Zohor kerana waktu check in ialah jam 3 petang. Perjalanannya memang sangat jauh. Saya tak dapat nak snap gambar sepanjang perjalanan kerana saya juga memandu sendiri selain dua buah lagi kenderaan dipandu oleh abang saya dan keluarga. Sebelum saya ke sini, memang saya dah mula menggoogle beberapa blog lain mengenai tempat ni. Siapa yang nak tau tu bolehlah cuba google sendiri. Memang ada banyak pendapat. Ada yang said okay, ada yang tak.


Kami tiba di sana lebih kurang jam 4 petang. Saya terus ke bahagian lobby dan check in. Tak sampai sepuluh minit, kami diberi kunci untuk ke bilik penginapan. Kami memandu terus ke blok F.


Ini pintu masuk ke penginapan kami, tapi sebenarnya tempat kami di bahagian Lower Ground, so kenalah turun tangga. Memang saja nak bagi mak buyung ni exercise hehe.


Mula-mula sekali kita akan jumpa ruang dapur. So, lengkap ada peti ais, induction cooker dan beberapa peralatan memasak. Kalau boleh bawaklah lebih sikit peralatan tu dari rumah jika anda memang merancang untuk memasak di sini. Macam saya memang dah diberikan penerangan mengenai kelengkapan apartment oleh wakil SGI. So, kami memang dah prepare awal-awal bawak segala benda.


Ada 2 single bed di dalam bilik yang akhirnya kami cantumkan aje. Dalam bilik ada aircond tapi sayangnya tak dapat nak ubah suhu so memang sejuk betul.


Ni pula ruang makan yang juga bersambung ke ruang tamu. Bahagian ni ada kipas dan aircond.


Ruang menonton tv, ada channel astro dan juga channel tempatan.


Bilik air. Budak-budak frust kejap sebab tak ada tub mandi. Haha. Tak apa, nanti boleh mandi di swimming pool berdekatan dengan lobby.



Okay...ini dia rungutan yang banyak saya baca dari blog lain mengenai apartment ni. Lalat! Memang terlalu banyak. Sebab sampai aje terus memang ada banyak lalat di situ. Memang tak dapat nak elak. Redha ajelah.


 Tak jumpa monyet pun agaknya sebab musim hujan, monyet tidur tak keluar hehe. Pagi tu kami semua merancang nak mandi-manda di kolam renang aje. Manakala, abang saya yang dua orang lagi tu pergi memancing.




Memang mandi sakan sampai tengahari. Dah tengahari rasa lapar baru balik bilik hehe. Tenghari tu abang belikan nasi dan lauk dari luar aje.



Malam tu pulak, abang masakkan nasi goreng hailam gitu. Untung betul kita ada bawak chef ni hehe. Saya tak dapat nak jalan-jalan di area sana kerana petang aje memang hujan. So, malam tu memang lapar betul.

Secara keseluruhannya, bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Ada banyak kejadian dan insiden yang susah nak lupa kat sini. At least, boleh diingat-ingat dan diceritakan bila dah berkumpul lagi bersama-sama. Saya boleh katakan, tempat ni memang sesuailah untuk pasangan yang nak berhoneymoon. Macam kami ni, tak ada aktiviti sangat. So, memang banyak terperap aje. Nak keluar pun jauh pulak. Apapun, terima kasih kepada staff Swiss-Garden Damai Laut yang begitu mesra melayani kami. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi. So, ke mana kita next vacation????

Wednesday, 19 November 2014

Selamat Hari Lahir? Kali Ni Penuh Kejutan!!!

Ucapan dari suami tersayang
Alhamdulillah, pada 13 November yang lalu dapat sekali lagi menikmati hari lahir. Tiap-tiap tahun memang tak ada pun sambutan yang rasmi. Macam biasa, ucapan pertama sekali sejak bertemu insan ini mestilah dari suami tersayang. Suami yang jauh di perantauan. Bertugas nun jauh di Papua New Guinea. Tapi, masih ingat juga walaupun jauh di mata. Ayah mertua juga tak lepas dari membuat kejutan. Hehe...

Kejutan dari kenalan istimewa
Pada malamnya pula, saya terima kejutan yang tak disangka-sangka. Sungguh, kenalan saya ini orangnya memang baik. Terima kasih kak Siti Afzan. Moga perniagaan akak terus maju, bahagia di samping keluarga dunia dan akhirat. Amin...

My BFF!


Pada 15hb Nov pula, saya balik sekejap ke kampung. Dan inilah kejutan dari sahabat zaman sekolah saya. Orangnya memang tak pernah berubah. Dari zaman sekolah, sampai dah beranak-pinak macam ni, memang kerjanya mengejutkan orang! Haha. Gembira sangat tak terkata. Bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana dikelilingi oleh insan-insan tersayang seperti mereka ni. Ucapan selamat yang tak putus-putus. Sampai ada yang siap menyanyi dalam whatsapp group lagi heheh. Thanks everyone!!!

Thursday, 6 November 2014

Anak Oh Anak!

Budak Cerdik Jatuh Dalam Kereta
Melihatkan gambar ni memang akan membuatkan ramai yang mengucap panjang. Termasuk saya! Siapa sangka kan, semuanya berlaku dalam sekelip mata aje. Petang tu anak-anak happy ikut atuknya, nak ke taman permainan dekat dengan rumah. Tak sampai sejam pun, diorang dah balik rumah. Paling mengejutkan ialah keadaan si adik ni. Rupanya dia jatuh dalam kereta masa atuknya nak belok. Allahuakbar! Masa tu saya takut sangat tengok kepalanya berbalut dan darah yang banyak pada bajunya. Dahlah baju tu warna putih, darah tu sebenarnya sampai ke belakang. Kepalanya cuma luka, tak berjahit pun.

Saya terus teringatkan si abang. Si abang pun pernah kena macam ni tapi di dahi. 2 kali! Iya, 2 kali di dahi. Kali pertama terkena besi yang ada di bucu meja komputer di kampung. Kali kedua di rumah sendiri, terkena dinding yang juga ada bahagian tajam di bawahnya, tak tau nak gambarkan macam mana.

Beginilah keadaan anak-anak bila nak membesar. Dalam entry sebelum ni pun ada cerita pasal si abang retak tulang siku kan. Boleh baca di SINI

Cumanya kali ni saya dapat mengawasi keadaan dan perasaan dengan lebih baik. Mungkin juga sebab ianya bukan lagi kejadian pertama. Apapun, ibu bapa mana yang menginginkan perkara tak baik berlaku pada anak-anak. Semuanya pun mendoakan perkara yang baik kan. Namun, perkara dah terjadi. Kita kena redha. Adalah tu Allah nak tegur kita.

Jika engkau tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, "Seandainya aku berbuat begini dan begitu, niscaya hasilnya akan lain." Akan tetapi katakanlah, "Allah telah mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia Perbuat." Sebab, mengandai-andai itu membuka pintu setan." (HR. Muslim)

Saya suka ulang hadis ni banyak kali. Supaya saya beringat, semua kejadian adalah atas kehendakNya.

Alhamdulillah, keadaan adik dah pun sembuh. Luka tu pun dah mengering dengan cepat. Budak-budak memang cepat sembuh. 

Wednesday, 5 November 2014

Debaran Menanti Ahli Baru

Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur untuk menikmati kehidupan hari ini. Saat ni kandungan saya dah pun memasuki minggu yang ke 33. Makin berdebar-debar menanti due date bulan dec ni. Walaupun anak yang ke 4, debarannya tetap sama untuk setiap kehamilan. Sekarang ni dah kurangkan aktiviti biz online, sibuk menjahit barang-barang baby jer. Saya memang jenis yang suka mengadakan sesuatu yang baru untuk setiap kelahiran anak. Teringat kata arwah mak dulu, umpama kita meraikan kelahiran anak tu. Tak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar. Macam saya, sejak boleh menjahit sikit-sikit ni, saya juga praktikkan ilmu yang mana ada tu. Meh saya tunjuk sikit apa yang dah siap setakat ni.

Baby Quilt
1st time saya jahit baby quilt ni. Tu pun godek-godek tuto di google, youtube, tanya kawan-kawan yang pernah buat. Alhamdulillah, walaupun tak kemas tapi saya happy sebab berjaya siapkannya.

Minky Baby Blanket
Minky baby blanket ni yang paling best sebabnya ni 1st time saya gunakan fabrik minky. Sangat lembut dan gebu sampai saya gunakan terus 1 meter untuk blanket ni saja. Lagipun, budak cepat membesar kan.

Divided Basket
Saya dah lama teringin nak buat divided basket ni. Pattern untuk basket ni saya beli di Noodlehead . Kes malas ler ni nak explore sendiri, beli pattern je senang.

Set Bantal
Saya jahit sarung bantal aje. Bantal dalam tu beli yang readymade dari Sazdiena Collection .

Barut Baby
Last sekali buat masa ini, barut baby. Barut yang lama memang okay je lagi. Saja saya tambahkan bagi banyak sikit. Saya memang suka barut guna cotton putih aje. Suka warna putih nampak bersih aje. Haa...kenapa barang-barang baby banyak warna hijau? Baby boy ke? Hehe. Harap-harapnya dapatlah boy. Tapi, saya memang tak ada scan pun untuk tengok jantina. Sekadar nak tengok dia sihat dan membesar dengan baik. Boy ke girl, dua-dua saya terima kerana itulah anugerah Allah yang sungguh bernilai.

Asalnya warna hijau ni cuma disebabkan panel baby quilt tu aje. Panel tu dihadiahkan oleh seorang kawan craft juga masa kami sama-sama berniaga. Jadi, untuk setkan semua ni, saya jadikan semuanya ada unsur-unsur hijau.

Kesemua fabrik yang cantik-cantik ni boleh di beli dari MayMay Shop Craft Supplies .