Dah bertahun diadakan baru kali ni saya merasa pergi. Dah beranak 4 baru dapat rasa. Sebelum ni macam-macam hal yang menghalang. Misi dilaksanakan bersama anak-anak dan adik ipar. Alhamdulillah kami berjaya pergi dan tiba dengan selamat. Perjalanan dimulakan dari Kuala Selangor dengan menaiki kereta dan bersambung menaiki train di Sungai Buloh. Memandangkan kami pergi pada 1 Mei, so faham jelah jalan sesak masa cuti hari pekerja kan. Tu sebab kami naik train je rasa lebih mudah dan selamat. Selamat tiba di PWTC sekitar jam 11 pagi. Masa tu orangnya punya ramai jangan ceritalah. Nasib suami saya tak ikut sebab dia tak suka tempat crowded.
Saya mengaku dalam sesetengah perkara saya agak praktikal, jadi saya datang siap membawa list buku yang lengkap dengan booth location. Pergi bersama anak-anak kecil akan membuatkan kita menggunakan masa dengan wisely. Kanak-kanak tak boleh lama di tempat yang sesak macam ni. Saya juga menggendong anak yang paling kecil berumur 4 bulan. Ketiga-tiga anak yang lain pula berumur 7, 5 dan 3 tahun, semuanya diagihkan kepada setiap adik ipar saya dan bergerak secara berasingan.
So, lebih kurang pukul 1 lebih macam tu saya berjaya dapatkan kesemua buku yang saya idamkan mengikut list. Inilah kesemua buku yang saya beli. Bernilai lebih kurang RM300 lebih. Ada banyak diskaun menarik.
Kalau diberi pilihan antara shopping baju dengan buku, saya akan pilih buku. Barang jahit dengan buku, saya akan bahagi dua budget tu dan beli kedua-dua barang. Haha. Barang jahit dan buku adalah dua benda yang akan buat saya jadi tak terkawal sikit.
Semasa berada di booth Dubook Press, ada satu kenangan manis berlaku di situ. Semasa saya beratur panjang untuk membayar buku, anak saya merengek sikit mungkin sebab panas kerana terlalu lama duduk dalam wrap. Tiba-tiba ada seorang akak ni datang mencuit dan mintak saya duduk tenangkan anak sementara dia akan bantu beratur dan membayarkan buku tu bagi pihak saya. Speechless sangat. Masa tu jugak ada beberapa girls pelawa saya duduk dulu. Alhamdulillah. Bukan nak cakap apa, tapi sepanjang saya berada di sana segala urusan dipermudahkanNya. Bukan kerana saya membawa anak kecil je tapi masyarakat kita prihatin. Ramai juga yang membantu saya ambilkan buku, beri laluan ke kaunter pembayaran. I'm proud to be Malaysian!
Siapa tak kenal Siti Rosmizah, penulis novel terkenal Andai Itu Takdirnya. Kali ini melancarkan pula sambungan novel tersebut. Saya rasa terharu sangat dengan staff SR Publication kerana dia sudi mendahulukan saya untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan Siti Rosmizah. Peminat SR di situ juga begitu sporting dan sudi mendahulukan saya. Andai terbaca tulisan saya, terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
Kali ini bersama pula dengan penulis novel Norhayati Berahim, Mula lebih mengenali penulis ini di facebook baru-baru ini. Orangnya sangat ramah, status facebooknya selalu berisi dan menarik.
Kenal tak siapa ni? Aloy Paradoks a.k.a Chef Adam di dalam drama Teman Lelaki Upahan. Orangnya ramah dan sempoi. Terngiang-ngiang aje dia menyanyi lagu minyak angin Cap Kapak tu. Haha. Sempat sambar 3 buah buku tulisannya dari Selut Press.
Satu pengalaman yang indah untuk dikenang. InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi PBAKL!
Assalamualaikum..semua♥
.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....
"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&keluarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)
Followers
Sunday, 3 May 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment