Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Tuesday, 3 September 2013

Ada Apa Dengan 20 Sen?

Amboi tajuk! Dah macam tajuk filem ada apa dengan cinta pulak...hehe. Sebut pasal 20 sen hari memang semua boleh agaklah kan sebab apa? Sebab apa lagi kalau bukan pasal minyak. Bukan minyak angin, bukan minyak masak...tapi minyak yang kita duk isi dalam kenderaan kita tu! Minyak yang tak boleh nak digantikan dengan air kalau nak bagi dia bergerak. Hebat betul perang status malam tadi di FB...sehebat mereka yang beratur mengisi minyak sebelum kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter. (SUMBER)


Tak kurang juga yang gagah berdebat tentang apa sangatlah kenaikan 20 sen itu kalau nak dibandingkan dengan harga rokok dan harga smartphone yang rata-rata dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Mengutuk pula ramainya yang sanggup beratur mengisi minyak malam tadi untuk mengelakkan kenaikan, padahal bukannya mampu bertahan sampai setahun pun!

Tahukah kita, atau terfikirkah kita, yang mereka beratur malam tadi itu mampu menampung usaha pencarian rezeki mereka untuk beberapa hari lagi dengan satu penjimatan. Kita mungkin fikir, tindakan itu nonsense kerana hari ini kenaikan harga itu telah pun berlaku dan tak siapa mampu mengelak lagi.

Impak kenaikan? Harga barang keperluan harian juga akan turut naik dengan alasan kos pengangkutan naik. Di mata kasar kita memang hanya 20 sen, hanya itu. Tapi, perjalanannya untuk sebulan, setahun dan seterusnya? Hanya mereka yang mengalami lebih memahami.

Saya meminjam status update FB sahabat saya yang menulis begini :

"Begitu mudah orang komen supaya tambah pendapatan untuk mengatasi sebarang kenaikan. Astaghfirullah.. tiadakah rasa empati kepada golongan marhaen yang bertungkus lumus untuk memastikan gaji bulan lepas masih berbaki sepuluh sen dalam poket sebelum gaji akan datang?

Bukan semua orang rezeki datang bergolek."

Berhati-hatilah dalam menyusun kata. Anda mungkin diberi kesenangan dan kemudahan pada hari ini. Tapi, itu tidak memberikan hak kepada anda untuk merendahkan golongan lain yang kurang bernasib baik. Jika kita tak merasa apa-apa dengan pergolakan ekonomi, jangan sangka orang lain juga sama seperti kita. Peritnya mereka, hanya DIA yang lebih mengetahui.  

Saya? Hanya seorang surirumah, yang tidak berkerja dan tidak memiliki kenderaan sendiri. Mengapa saya perlu sibuk tentang hal ini? Saya memang surirumah, tapi jangan lupa bahawa saya juga pengurus rumahtangga, mengurus hal di rumah, juga menjaga kewangan keluarga semasa ketiadaan suami, memandu kenderaan suami untuk urusan keluarga seharian. Semestinya, hal ini ada kaitannya dengan saya. 


Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci
Kerajaan Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak
mampu bayar. ...
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk
terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar
pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga
metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki? Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh
wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si Sarjana Muda.
Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun Master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas
mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak
hilang perikemanusiaan.

Monday, 2 September 2013

Breaststroke

Alhamdulillah, selepas cuti raya hari tu saya dah pun memulakan kelas renang bersama Mai Swim di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Saya dah mulakan 2 kali kelas dan sekarang dah masuk bab stroke. Boleh baca di SINI untuk entry lepas pasal kelas ni. Rasa macam tak percaya aje sebab saya cukup risau tentang water confident saya. Saya risau kelas saya tu akan banyak menghabiskan masa di water confident aje. Tak sangka, dalam kelas pertama aje saya dah boleh mula belajar stroke. Sebab saya ni memang takut air...huhu. Saya rasa sangat bersyukur sebab berjaya mengatasi rasa takut di dalam air. Terima kasih kepada suami kerana inilah hobi baru saya! Memang memenatkan tapi its fun! Belum pandai berenang lagi dah seronok tau.



So, sekarang saya tengah belajar leg kick technique untuk breaststroke iaitu teknik renang gaya dada. Renang gaya katak tau tak sebab gayanya memang serupa macam katak tengah berenang. Mula-mula tu agak frust sebab iya la kan baru lagi belajar. Saya perlu banyakkan latihan untuk membiasakan diri dengan pergerakan kaki dahulu sebelum masuk bab pergerakan tangan. Menurut coach saya, katanya apabila sudah biasa dengan kaki, nanti akan lebih mudah bila nak masuk pergerakan tangan.

Tapi, tulah masa agak terhad untuk saya banyak berlatih. Biasanya lepas habis kelas, saya akan sambung berlatih dalam satu jam lagi sebelum balik. Lepas tu saya akan tunggu next week punya kelas. Saya ambil kelas untuk sekali dalam seminggu. Tetiba rasa nak buat kolam renang kat rumah ni. Nak buat kat mana? Atas bumbung? Haha. Mana ada ruang dah untuk rumah teres ni. Lainlah kalau rumah lot tepi ke kan. Huhu.

Saya pun banyakkan berlatih di rumah secara dry exercise. Berlatih kat hujung sofa bed lagi! Haha. Bolehlah kira macam bersenam biasa tu. Jadi, saya banyakkan tengok video di Youtube. Ulang-ulang dan cuba faham. Cari tips dari blog. Blog yang baru saja saya jumpa ni memang menarik, masa saya baru nak mula dalam berenang ni la. Ianya ringkas dan mudah faham. Pada sesiapa yang nak tips renang tu bolehlah klik link di bawah ni :


Bolehlah google untuk lebih banyak lagi tips dari blog yang lain. Ok, nanti saya akan kongsi lagi untuk kelas yang seterusnya. Thanks pada yang sudi baca.

Jom Reset Menu!


Hah! Bukan minda aje yang perlu direset, menu seharian pun perlu direset ok. Inilah gambar menu sarapan saya yang baru. Nampak macam menu diet orang nak kurus aje kan. Haha. Nope! Bukan! Tukar menu bukan sebab nak kurus tapi sebab nak SIHAT. Saya ni kalau sarapan mesti nak nasi lemak dan apa saja bentuk sarapan yang berat-berat. Nasi lemak pulak biasanya mesti saiz L (macam baju pulak!), dan mesti ada macam-macam hiasan lain bagi tambah menarik dan menyelerakan. Letak seketul ayam masak merah (nak peha ya), letak telur rebus sebijik. Perghh! Sedap tul!. Tapi, kalau dah hari-hari nasi lemak? Weh! Boleh naik lemak macam tu! Ish...no, no! Bukannya saya nak berhenti terus dari makan nasi lemak...cuma nak kurangkan. Mungkin boleh makan seminggu tu dua kali ke kan. So, sebagai penggantinya saya akan mulakan dengan sarapan lain, selain nasi lemak. Kita ada banyak lagi jenis makanan kan. Tinggal pilih aje.

Saya juga nak kurangkan makanan fast food, makan minum benda yang manis-manis, dan juga makanan bergoreng. Semua tu makanan kegemaran saya. Ni jerawat berlumba-lumba lari keluar macam sukan olimpik aje! Emm...kena ubah cara pemakanan. Tak boleh jadi ni.

Saya perlukan menu yang sihat untuk kesihatan yang baik. Saya ni kalau dapat nak gemuk sikit pun takpe, yang penting sihat. Kalau nak tau, arwah mak saya ada kencing manis dan abah saya ada darah tinggi. Jadi, keturunan saya ada penyakit-penyakit seperti tu. Jadi, mulai sekarang memang kena jaga pemakanan.

Gambar tahun 2003, masa form 6
Gambar kahwin tahun 2008
Gambar terkini, tahun 2013
Kalau tengok pada ketiga-tiga gambar ni pun, memang jelas bukan kurus yang saya cari. Haha. Cuma saya tak mau di kemudian hari nanti, saya kurus dan berpenyakit. Sebab keturunan keluarga saya ada penyakit 3 serangkai tu, so ada baiknya kita mencegah kerana mencegah itu lebih baik dari merawat. Kan?


So, boleh tak kongsikan menu sihat korang? Menu sihat bagaimana yang korang amalkan dalam pemakanan seharian? Kalau ada link untuk website yang bagus tentang ni pun boleh la share dengan saya ye...

Thanks semua sudi baca...

Sunday, 1 September 2013

Malang Tak Berbau

Cerita dah lama, baru hari ni dapat nak update. Ni namanya mama yang super busy. Huhu. Nak cerita pasal anak saya yang ikut rombongan sekolah dia iaitu Pasti Al-Munir, Bandar Malawati, Kuala Selangor. Tak pergi jauh pun, pergi Zoo Negara aje. Tapi, untuk anak-anak, keseronokan diorang bukan diukur dari jarak dekat ke jauh suatu tempat tu. Dapat berjalan ramai-ramai macam ni pun dah cukup fun kan. Cuma, kenapa tajuk entry ni tak berapa nak fun? Emm...tunggu sehingga ke akhir rancangan! (Suspen! Macam dalam tibi aje. Huhu)


Bertolak dari sekolah seawal jam 8.30 pagi. Kena berkumpul pukul 7.30 pagi, tapi biasalah kena tunggu lebih awal kan. Anak saya memang super excited. Termasuklah mama dia, sebab tu mama dia pun follow sekali. Huhu. Masa tu hujan, tapi tak lebat sangat. Kami follow naik kereta berasingan, kesian kat anak saya no.2 ni menangis nak ikut (padahal mama dia yang nak ikut sangat!).


Mula-mula saya agak pelik jugak kenapa rombongan ni buat hari khamis, kenapa tak pergi weekend ke. Kan lagi best pergi masa cuti. Then, saya agak bukan mudah nak handle anak-anak yang ramai ni ok. Masa sampai sana tu ada lebih kurang 4 buah bas yang juga membawa rombongan tadika lain. So, memang sangat meriah. Jangkaan saya silap yang mengatakan zoo tak meriah pada hari biasa. Sebab, masa tu ada juga pelancong-pelancong lain yang kebanyakannya macam dari Arab aje, sebab nampak ramai yang berniqab.



Kami terus pergi tengok show, cute kan anjing laut tu! Huhu. Syok sangat and penuh suspen. Saya pulak terlebih seronok mengalahkan bebudak. Huhu...


Haa...ramai kan kat show tu? Padahal baru lepas hujan tu. Tempat duduk semua basah, nasib baik saya ni jenis suka bawak tuala extra. Haha. Ada anak kecik ni memang biasalah kalau bawak benda-benda extra ni. In case terjadi perkara-perkara yang luar dari kebiasaan.


Shopping madu sambil tengok lebah yang boleh dipegang ni. Saya tak pegang pun. Hehe. So, tengok gambar semuanya okay aje, apa yang malangnya? Emm...


Malang memang tak berbau, kalau berbau senanglah kita nak berjaga-jaga. Anak saya terjatuh masa bermain dengan kawannya. Masa tu dah sampai di sekolah, tengah tunggu suami saya datang nak jemput. Suami saya kata, masa sampai tu dia memang dah jatuh dan tengah meraung-raung. Malam tu jugak kami jemput tukang urut datang rumah dan mintak tengokkan tangan anak saya. Mujur juga adik ipar saya yang bakal doktor tu ada di rumah, dia pun tengokkan sekali. Katanya nampak macam terseliuh.

Esoknya baru suami bawa anak saya ke klinik dan x-ray, alhamdulillah tangannya tak patah. Cuma, terseliuh dan perlu banyak berehat. So, sekarang anak saya kena banyak berehat di rumah. Bila terjadi perkara macam ni terutamanya di sekolah, kita sebagai ibu bapa memang cukup risau. Bukan mudah nak mengawal anak-anak ni di sekolah. Ini juga satu pengajaran untuk anak saya supaya lepas ni belajar duduk diam-diam sikit. Haha. Kita tak boleh nak salahkan cikgu kerana gagal menjaga anak kita, kerana kita sendiri tau keadaannya bagaimana (untuk kes macam sayalah)...dan saya sendiri tau perangai anak saya ni macam mana. Di rumah pun saya kadang-kadang pening dengan dia, apalagi di sekolah. Jadi, jangan terlalu cepat menuding jari menyalahkan guru yang mendidik. Syukur alhamdulillah tidak ada apa yang serius. Kesakitan ini juga boleh menjadi satu pengajaran dan pengalaman untuk anak kita.

Tuesday, 27 August 2013

Anda Kaki Game?

Saya suka main game dalam telefon. Tapi, bukan dalam kategori addicted. Kiranya, main bila perlulah (amboi, ayat mengelat! hihi). Game di tv pun saya suka jugak. Di rumah ni ada Nintendo Wii, memang sesekali seronok bermain terutamanya bersama anak-anak. Kadang-kadang, itulah salah satu cara saya meluangkan masa dengan anak-anak, kita have fun sama-sama. Main lumba basikal, ping pong (asyik kalah aje lawan dengan hubby...huh). Tapi, saya paling suka game memasak sebab saya rasa kepakaran saya lebih terserlah kat situ berbanding di dapur! Cenggitu pulak! Hehe...

Saya nak share top 5 game yang menjadi favourite saya. Khas untuk pengguna android, kesemua game ni boleh di download dari play store atau di google play.

1 - Kopi Tiam


Ini ialah game yang paling saya suka! Mula-mula dulu saya cuma main free version aje. Disebabkan saya suka sangat, saya beli game ni. First time tau beli game! Main sampai pengsan. Hehe... Game ni dihasilkan oleh Afzainizam Zahari. Game ini tentang time-management untuk sebuah kedai yang melibatkan makanan dari Singapore, Malaysia dan Indonesia. Kan saya kata, saya suka game masak-masak. Saya rasa game ni sangat sesuai untuk foreigner yang nak tau dengan lebih lanjut tentang makanan terbaik kita kan.

Huiyo! Satay dan ketupat in da house!
Mana tau dengan bermain game ni, boleh mendatangkan minat pada pelancong asing untuk ke negara kita kan. Macam-macam makanan dan minuman ada, ketupat, satay, nasi lemak, nasi ayam, mee rebus, roti canai, kopi, milo dinosaur pun ada!


Haa...jangan bagi customer marah tau...huhu... Nak tau dengan lebih lanjut pasal game ni bolehlah ke www.afzane.com , ada macam-macam game menarik lagi kat sana. 

2 - The Sims Freeplay


Saya rasa game ni semua orang tau kan. Famous game ni. Konsepnya lebih kepada real life game. Boleh makan, minum, berkerja dan dapat duit, lepas tu boleh beli rumah dan hias rumah. Tapi, game ni macam tak berapa sesuailah untuk budak-budak tak cukup umur tu terutama sekali part yang kena dating, kena kahwin tu. Hehe...


3 - Candy Crush Saga



Mula-mula dulu rasa menyampah sangat bila notification FB saya penuh dengan request game candy crush ni. Menatang apalah candy crush ni yang orang suka sangat nak request kat saya. Saya pun memulakan investigation ala-ala detective conan tu, pergilah tengok. Dah tengok, cubalah main sikit. Dah main-main sikit, emm...best jugak! Hehe...


Ada peminat candy crush kat sini? Hehe...

4 - Pou


Pou ialah virtual pet game. Inilah alien cute yang kita kena jaga. Kena bagi dia makan, bagi dia minum dan bermain. Dalam masa yang sama kita boleh customize dia ikut kesukaan kita. Anak-anak saya suka ni. Saya rasa ni sesuai untuk anak-anak kan. Sambil diorang bermain, diorang juga diberi rasa tanggungjawab untuk menjaga virtual pet ni. Lagipun, anak-anak saya memang tak ada bela real pet kat rumah ni. Memang sesuai sangatlah bagi diorang bela ni dulu. Teringat pulak dulu-dulu kita main tamagotchi! Best kan...

Cute kan? Kak Mia Liana punya...hehe
Comel kan pou pink ni? Saya pinjam kak Mia Liana punya. Dah tinggi level kak Mia Liana, saya punya baru nak mula. Jom tengok lagi kat Pou Mia Liana

5 - Bakery Story



Kalau dah suka game masak tu, kenalah ada game cake ni...hehe. Saya suka ni sebab saya tak pandai baking di dapur, tapi terror buat cake dalam game...haha...nampak sedap tau! 

Selesai sudah review top 5 game yang saya suka. Konklusinya, tak kisahlah kita suka main game apa sekalipun. Atau apa juga kegemaran kita selain bermain game. Apa yang lebih penting ialah kita menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Janganlah main game sampai tak ingat nak solat, lupa nak makan, tak mandi. Jangan addicted pada perkara yang boleh mendatangkan lagha. Tak salah nak berhibur, tapi biar kena dengan tempatnya. Biar berpada-pada. Haa...jangan request game pada orang yang tak main game ya. Sia-sia aje kena sumpah nanti. Hehe...So, apa game kegemaran korang? Jom share dengan saya.

Monday, 26 August 2013

Brilliant Ads

Hanya melalui satu gambar, mampu menyampaikan maksud dengan lebih baik berbanding percakapan. Terutama sekali bila ianya tentang iklan! Betul tak? Kadang-kadang gambar tu simple aje tapi maksudnya yang mendalam tu menusuk jauh ke dalam hati. Iklan tv yang tak berdialog pun sama jugak kan? Tapi, tak semua iklanlah. So, kali ni saya nak share sikit antara iklan-iklan yang kreatif.









Nak tengok banyak lagi, boleh klik SINI

Sunday, 25 August 2013

Gegaran Dinosaur Di Shah Alam


Ini merupakan kali pertama saya bawa anak-anak ke pameran Dinosaur. Tak ramai juga yang tau pasal ni. Saya dapat tau pun kebetulan masa blogwalking dan terima kasih banyak-banyak sebab buat entry pasal pameran ni (sedihnya saya lupa nama blogger tu, lepas ni kena take note!). Lepas habis swimming class di pusat akuatik, saya terus gerak ke sini. Pameran dinosaur ni terletak di Muzium Sultan Alam Shah atau lebih dikenali dengan nama Muzium Shah Alam. Ada lebih kurang 10 dinosour yang dipamerkan di situ, mungkin lebih, betulkan saya ye sebab saya memang tak kira berapa ekor yang ada kat sana. Replika dinosaur ni dilengkapi dengan teknologi animatronik, so bolehlah nampak dia bergerak-gerak sikit. Bunyinya dari luar pun boleh kita dengar dengan kuat, tu yang anak saya takut nak masuk.


Sorrylah gambar tak berapa clear sangat sebab snap guna camera hp aje, camera canggih cik abang saya dah bawak pergi diving (sedih tak dapat ikut!). Haa, bayaran masuk ke pameran ni pun sangat berpatutan ya. Siap ada pakej keluarga lagi.

Bayaran Masuk:

Dewasa : RM10 (18 Tahun ke Atas)

Kanak-kanak : RM5
*kemasukan percuma bagi kanak-kanak 4 tahun ke bawah

Pakej Keluarga : RM25
 *2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak 

Jom layan gambar pulak.




Cik kak ni asyik berdukung aje, sebab takut!


Ada tayangan video juga
Pada yang belum berkesempatan ke sini, jangan risau sebab pameran ni akan berada di sini selama 2 tahun! Ada banyak lagi masa untuk ke sini ya. Pameran ni adalah kerjasama antara Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan Syarikat Total Sport Asia. (SUMBER)

Haha! I pun nak bergambo juga