Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Monday, 12 August 2013

Kenangan Hari Raya



Hai semua! Macam mana dengan hari raya korang? Mesti meriah kan. Tahun ni, saya mulakan hari raya bersama keluarga sebelah suami. So, macam biasalah memang meriah! Ni pun saya tak sertakan sekali gambar raya penuh. Ni baru gambar bersama keluarga suami saya aje. Apa yang membezakan gambar ni ialah ahli keluarga yang semakin bertambah dan bertemakan warna purple! Bukan untuk satu keluarga saja, tapi semua sekali warna purple termasuklah pak cik dan mak cik semua. 

Saya balik kampung saya di Malim Nawar pada hari raya ke 3. Seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan lama yang setahun sekali jumpa tu kan. Banyak yang dah berubah, usia bertambah, anak pun bertambah. Mengimbau balik kenangan masa sekolah. Kenangan manis, pahit. Semua yang dah tinggal kenangan tu memang sesuatu yang cukup indah untuk dikenang. Lepas tu pergi pulak kat tempat-tempat lama yang dulunya jadi port zaman budak-budak dulu. Semuanya bermain kat fikiran macam filem aje. Rasa macam benda tu baru berlaku. Seronoknya kenangan!

Balik rumah di kampung pulak, semestinya akan teringat dekat arwah mak. Keadaan dalam rumah masih macam biasa, kedudukan perabot semua masih sama macam masa mak ada dulu. Dah 3 tahun, tapi payah nak lupa. 

Haa...korang jangan lupa join contest saya tu yer. Sesuai sangat untuk siapa-siapa yang suka bergambar tu, yang memang kaki gambar ke. Mesti raya ni korang bergambar sakan kan. Meh share kat sini, untung-untung boleh menang hadiah. 

Kalau nak join, klik SINI untuk info lanjut.

Jom share kenangan raya korang tahun ni.

Tuesday, 6 August 2013

"Meriahnya Raya" Photo Contest 2013 (TAMAT)


Hanya perlu menghantar satu gambar hari raya anda yang paling meriah untuk berpeluang memenangi :

Embroidery Baby Bath Towel x 2 

Facial Treatment Mask SKII x 1

Hanya 3 pemenang bertuah sahaja yang akan memiliki hadiah ini. 

Contest akan bermula pada hari raya pertama dan akan berlangsung sepanjang bulan Syawal.

Syarat-syarat Penyertaan :

- Terbuka kepada warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
- Wajib Follow blog http://intanzulhilmi.blogspot.com/ atau
- Gambar perlulah menarik dan meriah mengikut tema.
- Seorang peserta hanya layak menghantar satu gambar sahaja. 
- Gambar GF-BF atau yang tidak senonoh akan dibatalkan penyertaannya.
- Gambar bersama keluarga adalah amat digalakkan.
- Gambar yang layak akan dipaparkan di facebook page Intan Zulhilmi untuk diadili.
- Pemenang akan diadili berdasarkan LIKE tertinggi di FB (So, kena banyak share untuk dapatkan lebih banyak LIKE).

- E-mailkan gambar raya anda ke intan_zulhilmi85@yahoo.com dan jangan lupa sertakan sekali NAMA PENUH, ALAMAT DAN NO.HP (alamat dan no.hp tidak akan disiarkan kepada umum).

Jangan lupa join ya! Ajak kawan-kawan semua...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


CONTEST INI SUDAH TAMAT

Monday, 5 August 2013

Shopping Lagi???

Antara yang sempat disambar

Sesi shopping sakan bersambung lagi untuk kali kedua. Rasanya cukup dah ni. Semestinya, ini adalah satu nikmat untuk seorang surirumah yang tidak berpendapatan tetap dan dia diberi peluang untuk berbelanja sebegini rupa! Anggap saja ini reward untuk kamu dari suami tersayang. Terima kasih suamiku. Tapi, sesungguhnya ku melakukan semua bakti bukan untuk balasan semata-mata. Jadi, janganlah kamu mencela atau merungut pada suami pulak kalau tak dapat apa-apa. Adanya suami di sisi juga adalah satu penghargaan. Sungguh, saya pernah merasa di 'bawah'. Namun, kehadiran suami di sisi menguatkan diri. Apa yang saya alami itu masih terlalu sedikit, masih terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan umatNya yang lain, yang lebih kuat menghadapi dugaan yang datang bertimpa-timpa. Apa yang lebih penting, yakinlah dengan janji Allah yang sentiasa memberikan apa yang kita perlu.

Menjelang aildilfitri, siapa lagi yang lebih gembira kalau bukan anak-anak. Bawak anak-anak bershopping memang boleh tahan perit jugak. Berlari sana sini, terlompat-lompat siap lebam terjatuh pun ada. Kami pilih Setia Alam City Mall aje sebab itu yang paling dekat dengan rumah. Cuma, tudung saya aje dibeli kat Gombak. Sebab, susahnya nak mencari tudung yang saya minat macam di kedai I-Nur. Tudung-tudung di situ tebal, ada pelbagai saiz dan feshen. Jadi, tak ada masalah kalau nak bergaya pun sebab masih menutup aurat.

Berhati-hati dalam memilih feshen!

Pesan saya, sila berhati-hati dalam memilih pakaian untuk menutup aurat kita. Jangan dek kerana terlampau ikutkan feshen, kita jadi alpa dengan aurat. Pakaian itu untuk menutup aurat dan bukan membalut aurat. Tudung juga untuk menutup aurat dan bukan sekadar membalut rambut kerana aurat bukan hanya di rambut. Pesanan ini juga untuk diri saya supaya tidak terpesona dengan lambakan feshen yang kadangkala menggamit rasa ingin mencuba.

Bersungguh-sungguh bagi penerangan

Yeay dapat free gift!
Jangan lupa ya photo contest raya nanti. Saya akan update lagi nanti. Ada hadiah menarik termasuklah produk SKII. Saya merupakan pengguna setia SKII sejak setahun yang lalu. So far, okaylah. Kesannya berbeza-beza mengikut skin type seseorang. Jadi, janganlah serbu saya untuk tengok apa kesannya bila mengguna produk ni. Jangan terlalu mengharapkan perubahan yang cepat untuk satu-satu produk tu. Tak kiralah produk skincare ke atau produk pelangsing badan sekalipun.

Macam kulit saya memang agak bermasalah dari segi pimple scar, warna kulit tak sekata dan kering. Setakat ni, yang nampak perubahannya ialah kulit dah semakin lembab. Tapi, tang parut dan warna kulit tu masih lagi dalam proses pemulihan. Sekarang, kulit saya memang free dari sebarang make up sebab mudah sangat tumbuh jerawat. Emm...one day saya akan buat entry untuk review produk ni. Disebabkan itulah, saya nak bagi hadiah produk SKII sebab nak bagi korang rasa guna produk ni. Thanks to my hubby yang suggest saya guna produk ni dan dialah penaja utama. Kalau tak, memang tak merasalah nak guna benda alah ni. Sebab mahal! Iya, pada awalnya tulah yang saya duk membebel. Tapi, bila saya sendiri dah guna. Saya rasakan ianya berbaloi. Sebotol essence mampu bertahan dalam 3 bulan. Dan sesetengah yang lain ada yang mampu bertahan hampir setengah tahun! Apapun, kalau nak tau produk ni sesuai ke tak dengan kulit korang, bolehlah pergi ke kaunter SKII yang terdekat untuk cuba skin test.

Okay, nanti kita sambung cerita lagi ya...

Friday, 2 August 2013

Balik Rumah Siapa? Baju raya?

Saya berasal dari Perak, suami pula dari Kuala Selangor dan kini kami menetap di Kuala Selangor. Sejak dari awal perkahwinan, memang tahun pertama kahwin tu dah siap plan awal-awal yang hari raya pertama di sebelah suami, kemudian tahun berikutnya di rumah saya dan macam tulah seterusnya. Saya pun tak ada masalah. Mungkin sebab jarak perjalanan antara tempat kami yang tak jauh, memakan masa tak sampai 2 jam. Raya pertama tu, kalau nak balik dua-dua kampung pun boleh. Jadi, kesimpulannya memang tak sempat dan no reasonlah nak fight pasal balik raya rumah siapa. Chewah, siap ada fight pulak. 

Di zaman yang serba canggih ni ada lagi ke orang yang gaduh-gaduh pasal balik raya rumah siapa ya? Rasanya dah tak relevan lagilah nak gaduh-gaduh pasal balik rumah siapa, semuanya boleh dibawa berbincang. Apa yang penting, redha suami ya. Jangan sampai suami kecik hati. Beria-ia sangat nak balik rumah kita dulu sampai hentak-hentak kaki, guling-guling hindustan ke (ada ke macam tu...hehe). Suami saya kata, kalau saya buat macam tu, dia akan buat dekkkk aje...tak kuasa nak melayan. Haha...tak kisahlah raya pertama tu rumah siapa kan, asalkan balik raya. 

Suami pun tolong bertoleransi sikit yer.

Emm...saya cakap macam tu mungkin sebab tempat kami dekat kot? Macam mana pulak dengan mereka yang familynya jauh dan jarang berjumpa? Jangan masam-masam muka masa malam raya sudahlah ya. Dah elok-elok mintak ampun tu jangan cepat sangat bukak buku baru yer. Bincang elok-elok.
Kepada mereka yang masih ada ibu bapa, inilah waktu dan saatnya untuk habiskan waktu bersama. Pada yang sebelum ni jarang balik kampung, sibuk berkerja, masa raya ni baliklah kampung. Macam saya, kalau balik kampung tu...memang rasa syahdu sangat. Ni tahun yang ke-4, saya menyambut Ramadhan dan insyaAllah akan bertemu Syawal tanpa kehadiran mak saya. Bila balik kampung, rasa sayu sangat. Sebab bila menjelangnya Syawal ni, arwah maklah yang paling sibuk kat rumah tu. Buat kuih raya, tukar langsir baru, sarung kusyen baru, isi biskut raya. Sekarang, semua tu dah tinggal kenangan. 

Preparation raya saya macam biasalah, setiap tahun pun simple aje. Tak ada nak tukar-tukar langsir baru pun, sarung kusyen pun tak ada sebab kat rumah guna sofa bed aje. Lagi best boleh golek-golek! Haha! Kuih raya? Emm...kuih tunjuk ajelah. Sebab rumah saya ni sebelah dengan rumah mak mertua. Kebiasaannya saudara-mara sebelah suami akan bertandang kat rumah ibu aje. Iya, ibu, mak mertua sayalah tu. Hehe... Kawan-kawan suami tu adalah yang datang kat rumah...tapi macam biasa, sangat simple. 

Malam tadi, kami sempatlah ke Anggerik Mall pergi cari baju raya. Tahun ni saya tak sempat nak jahit baju raya anak-anak, tak taulah sibuk dengan apa. So, kami pakat untuk beli saja tahun ni. Tahun ni akan beraya di kampung sebelah suami, dan tema pada tahun ini untuk kesemua saudara-mara, sepupu-sepapat ialah PURPLE! Untuk semua okay. So boleh imaginelah first day raya tu nanti ada macam-macam variasi purple. Sedondon gitu! Jangan ada yang tersilap kepit anak sudahlah ye. Anak okay lagi, jangan tertukar suami yer...haha...

So, pakaian raya kami anak-beranak pada tahun ini ditaja oleh Butik Sireh Pinang . Kononlah macam artis nak taja-taja pulak. Tak ada maknanya! Beli kat satu tempat aje dan dapat untuk semua size. Cuma kaler purple tu dapat yang dark dengan light. Tak dapatlah nak sama sangat tapi yang penting tetap purple jugaklah. Kira jadilah tu kan.



Saya pilih fabrik cotton linen, sebenarnya main pilih aje sebab dah itu yang ada semua saiz. Senang beli kat satu kedai aje kan. Kebiasaannya baju kurung saya memang sepasang aje. Tahun-tahun sebelum ni pun sama. Pakai masa raya pertama aje. Raya kedua, ketiga dan seterusnya pakai baju yang mana ada sebab saya sangat jarang pakai baju kurung. Teringat masa baru-baru kahwin, saya dapat hadiah baju kurung dari kawan, so pakai yang tu ajelah. Tapi, siapa lagi yang lebih seronok kalau bukan anak-anak kan? Kita pun terlebih excited bila shopping barang-barang diorang, kalau boleh dengan kedai-kedai sekali nak borong. Kalau saya, saya lebih suka beli baju atau pakaian yang santai dan boleh terus dipakai masa lepas raya. Saya jarang shopping baju-baju ni, selalu beli tudung aje. Beli tudung banyak-banyak, lepas tu asyik nak pakai tudung yang sama aje. Haha, nak buat macam mana, dah memang style! InsyaAllah, kali ni akan beli tudung di Tudung Nur , maybe pergi next week kalau sempat. 

So, apa cerita pasal balik raya dan baju raya korang? Please share. Mungkin ada pengalaman yang lebh menarik, pelik dan susah nak lupa tiap kali tiba raya. 

Hati-hati balik raya.

Wednesday, 31 July 2013

Rindu Kad Raya!

Bila dekat-dekat nak raya macam ni teringat pulak zaman sekolah dulu. Masa nilah kita pulun beli kad raya, tulis untuk semua kawan-kawan. Kalau yang kreatif tu siap buat sendiri lagi kad raya. Tulis siap-siap senarai nama, takut ada yang tertinggal nanti. Cikgu-cikgu pun nak bagi jugak. Untuk secret admirer pun nak bagi jugak senyap-senyap, selit dalam beg dia ke (saya tak buat...hahaha) Lepas tu mesti tulis :

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Pecah kaca pecah tong,
Sudah baca harap gantung.

Lepas tu sambil pasang langsir baru, kita pun sibuk gak gantung kad-kad raya yang berlambak tu.
Oh rindunya zaman sekolah. Tapi, sekarang ni ada lagi ke yang berbalas-balas kad raya? Asyik dapat kad raya dari Focus Point aje, tak pun dari Sen Heng suruh beli barang. Tunggu juga kot-kot ada dari kawan ke, emm...tak ada pun...

Zaman yang serba canggih ni, orang dah semakin melupakan kad raya. Kebanyakannya memilih SMS dan MMS. Tak pun google gambar ucapan raya lepas tu tag ramai-ramai kat facebook. 

Saya nak cerita sikit pasal satu kad raya ni. Saya tak pasti sama ada orang lain pun ada yang dapat macam ni ke tak. Tapi, kad ni istimewa sangat bagi saya.
 


 Kalau sekali pandang, kad ni nampak biasa aje. Tak ada apa yang special pun. Harga pun murah, tiga ringgit sembilan kupang aje. Tapi, ada cerita di sebalik kad ni. Usia kad ni nak dekat sama dengan usia perkahwinan saya. Hampir 5 tahun. Nampak macam baru kan, mungkin sebab dia duk dalam plastik tu tak pernah bukak pun.

Kad ni diberikan khas oleh suami saya pada hari raya yang pertama sekali kami sambut sebagai pasangan suami isteri.

Suami : Nah kad raya. Tapi, jangan bukak plastik tu tau. Simpan aje elok-elok.
Saya : Hah? Kenapa jangan bukak pulak?
Suami : Iya la, kalau jaga elok-elok boleh guna lama kad ni. Recycle. Nilah kad raya untuk raya-raya yang akan datang jugak.
Saya : Oh romantiknya! Kalau iya pun bukaklah tanda harga tu dulu.

Sungguh, saya tak pernah terfikir pun idea yang macam ni. Mula-mula rasa mengarut gak, tapi lama-lama saya layankan aje lah. Sebab, pasal benda nilah saya boleh tergelak, tersenyum sorang-sorang. InsyaAllah saya akan simpan kad ni elok-elok, untuk tatapan anak cucu nanti kalau masih ada umur yang panjang. Untung-untung nanti leh jadi artifak ke, leh jual kat muzium. Amboi, tingginya cita-cita!

So, macam mana cerita kad raya korang semua? Jom share dengan saya. Nak tau gak. Kot-kot ada cerita yang menarik ke, lagi pelik ke hehehe...


Sunday, 28 July 2013

Biarkan Kenangan Berbunga Di Ranting Usia


09/03/10...dan kenangan...

...Tak disangka-sangka, mak 'pergi' terlalu cepat...kali terakhir kita berjumpa masa Nor (panggilan oleh mak) balik kampung bulan Jan (25/01/10-31/01/10)...dan kali terakhir kita berbual di telefon hari sabtu 06/03/10...tak ada apa-apa tanda yang aneh dan pelik tentang mak...mak ceria berbual dalam telefon...ceria sangat...kata mak cik-mak cik di sini...beberapa hari sebelum mak meninggal,mak cerdas betul...tak lemah dan suka sangat memasak...masak macam-macam...perbualan di telefon hari sabtu tu tentang makanan jugak...

MAK : esok mak nak masak nasi lemak...
AKU : ala, kenapa nak masak esok? tunggu la bila Nor balik nanti, emy keje lagi ni...
MAK : tak apa, nanti kamu balik mak masaklah lagi...
Aku : tak sabar nak balik raya tahun ni mak, sebab tahun ni turn kat Perak. Tapi tak best pulak sebab nanti Nor dah nak bersalin raya tu...
MAK : ala, tak balik pun tak apa. habiskan pantang dulu...
AKU : mak macam tak suka Nor balik jer...dah la Nor nak makan macam-macam ni,nak lemang dengan ayam masak merah yang mak selalu buat tu...
MAK : ye la...ye la... (sambil ketawa...)

09/03/10...aku happy sangat pagi tu sebab emy balik mengejut dekat pukul 1 pagi tu...memang seronok sangat...dapatlah aku balik kampung tengok mak...
14:30 petang...abah call...

ABAH : abah nak cakap ni, tapi kamu jangan terkejut pulak...
AKU : apa bah? ada benda best ke? (aku gelak-gelak sebab suara abah cool jer)
ABAH : mak kamu...pengsan...dia tengok tv,lepas tu tertidur...abah kejut tapi tak bangun...tapi abah check nadi macam dah tak ada...
AKU : ???? abah... (aku nangis...)
ABAH : jangan nangis...abah pun tak sure sangat...tunggu orang klinik datang check...nanti abah telefon lagi...

Aku dah tak tau nak kata apa...tp emy dah suruh aku kemas baju untuk balik kampung...aku kemas-kemas...aku tak puas hati...aku call abah lagi dekat pukul 3...aku call rumah tapi mak cik aku yang jawab...

AKU : abah mana?
MAK CIK : abah kamu pergi balai polis buat report...
AKU : balai polis? report apa pulak ni? mak mana?
MAK CIK : mak kamu dah tak ada...
AKU : ...............

aku terus balik kampung...
segalanya dah berlaku...apa yang aku tak nak percaya dah pun terjadi...

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

P/S : kepada mereka yang masih memiliki ibu...jagalah ibu selagi nyawa masih dikandung badan...berbaktilah sebaik mungkin untuk ibu kalian...kita hanya punya 1 ibu dalam dunia...tiada ganti dan tiada yang serupa dengannya...mengandungkan kita selama 9 bulan...menahan perit sewaktu melahirkan kita...membesarkan kita...tak ternilai dengan wang ringgit...luangkan seberapa banyak waktu yang mampu dengan ibu...dia bukan mahukan harta kita...dia menginginkan memori terindah yang dapat diluangkan bersama anak tercinta...AL-FATIHAH untuk mak...doa jangan putus,hanya doa anak yang dapat memberi ibumu ketenangan dan kebahagiaan di alam yang satu lagi...masa kita?entah bila...

Hadiah Hari Raya


Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi, saya rasa nak bagi hadiahlah kat korang. Nak tak? Nak tak? Saya nak buat contest hari raya. Saya dah pernah buat sebelum ni tapi di blogshop saya, so kali ni saya nak buat di blog personal pulak. Inilah dia hadiah yang ditawarkan. Saja saya blurkan gambar tu...hehe. Antara hadiah yang menarik ialah :

Embroidery Baby Bath Towel
- Khas dari blogshop saya, saya buat sendiri ni. Boleh tengok lagi di Intanz Handmade

Facial Treatment Mask
- Original dari SKII. Produk terbaik sebab saya pengguna SKII jadi saya nak bagi chance untuk pemenang merasa guna produk ni.

Macam mana? Menarik ke tak? Tertarik ke tak? Konsep contest ni senang aje, sama macam yang saya pernah buat dulu. Hanya perlu menghantarkan satu foto hari raya bersama keluarga yang anda rasakan paling meriah! Diulangi lagi sekali, foto hari raya bersama keluarga yang anda rasakan paling meriah. So, foto bf-gf memang saya akan tolak mentah-mentah ya. Reject! 

Salah satu sebab kenapa saya suka guna konsep foto ialah kerana di sini jugalah mampu membentuk keakraban dan kemesraan keluarga yang berpanjangan. Betapa hanya melalui satu gambar dapat mengungkap pelbagai cerita. Mampu menjadi kenangan yang cukup manis untuk dikenang. Saya teringat masa saya kecik-kecik, masa arwah mak masih ada, abah memang suka tangkap gambar kami sekeluarga. Tak kiralah masa raya ke, masa tengah main, tengah makan. Gambar-gambar tu memang banyak sangat. Sampai sekarang saya akan tetap tengok. Bila balik kampung, kami akan buka album dan tengok gambar tu balik. Apalagi, memang akan pakat gelak ramai-ramailah bila tengok sesetengah gambar yang lawak. Kenangan...kenangan...bak kata Aizat, 'biarkan kenangan berbunga di ranting usia...'

Okay, contest ni akan bermula pada hari raya pertama. InsyaAllah, nanti saya akan war-warkan sekali lagi di blog ni akan menerangkannya dengan lebih lanjut lagi. Jangan lupa join nanti tau!