Assalamualaikum..semua♥


.....سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ.....


"YA ALLAH,,di hari yang penuh kemuliaan ini, Kau berikanlah rezeki yang melimpah-ruah & penuh keberkatan kepadaku dan suamiku, anak2ku,keluargaku&kel­uarga suamiku, Ya ALLAH,lindungilah kami Ya ALLAH & jauhkanlah kami dari perkara yang mendatangkan keburukan. Berkatilah kehidupan kami YA ALLAH.."...أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ..(Selawat)

Followers

Tuesday, 22 December 2015

Anak Saya Tidak Mahu Duduk Di Dalam Baby Carrier. Apa Yang Patut Saya Lakukan?



I've heard that you should start carrying as early as possible. My baby is now four months old. Is there any point starting to carry now?

  • Possibly longer familiarisation period for the mother and child (carrier's state of fitness/baby's tolerance of the lack of space)
  • Carrying often only starts being interesting from this age (more alert baby, more active mother)

My baby cries and resists in the baby sling. It's probably too cramped for him, I don't think he likes being carried.
  • Familiarisation period.
  • Too much handling/insecurity (walk a lap)
  • Tied too loosely?
  • Mother exhausted? (Signals!!)
  • Try alternative variants

Kenapa anak saya tidak mahu duduk di dalam baby carrier? Dia akan menangis jika dimasukkan ke dalamnya. Kenapa itu terjadi?

  • Adakah anda menggunakan baby carrier yang ergonomic? Pastikan anda menggunakan yang ergonomic dan selamat.
  • Adalah digalakkan untuk mencuba terlebih dahulu baby carrier sebelum membuat sebarang pembelian terutamanya Soft Structured Carrier, untuk memastikan baby dan pemakai selesa bersama.
  • Berapakah umur bayi anda? Kebiasaannya, bayi yang berumur sekitar 2 bulan yang tidak biasa didukung di dalam baby carrier akan merasa kurang selesa dan menolak kerana mereka tidak biasa.
  • Mungkin anda tidak menggunakan baby carrier tersebut dengan cara yang betul dan membuatkan bayi anda kurang selesa. Dapatkan khidmat nasihat dari babywearing consultant/babywearing support group untuk tunjuk ajar atau pun menonton video cara pemakaian dari internet. Pastikan anda mendapat rujukan terlebih dahulu.
  • Jika semua di atas sudah dilakukan dan bayi anda masih menangis dan menolak babywearing, mungkin bayi anda hanya memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan baby carrier.
  • Apa yang anda boleh lakukan ialah, mendukung bayi anda di dalam baby carrier selama 5 minit sekurang-kurangnya sehari, dan lakukannya untuk 2 minggu berturut-turut. Ulangi jika perlu. 

My baby always cranes her neck out of the sling when I carry her. Why is this?



  • Tied too loosely, the baby is looking for her boundaries - check the tying technique.
  • Field of view is too narrow - choose variant suitable to the child's age (hip or back)
  • Have a doctor exclude any pecualiarities such as neck sensitivity, etc. or try out suitable carrying methods by experimentation.



NOOR INTAN BINTI JAH
(Trageschule UK Foundation Course)
Instagram : intan.zulhilmi85
intan_zulhilmi85@yahoo.com
019-358 7641 (whatsapp available)
Location : Bandar Baru, Kuala Selangor

Carry as much as necessary, not as much as possible!
Carrying is a basic requirement - not pampering

Monday, 21 December 2015

Selangor Agrofest 17-20 Dec 2015|Stadium Kuala Selangor Part 2



Kami kembali lagi ke hari terakhir Agrofest untuk 2 acara ni. Abang dan kakak nak join pertandingan mewarna. Adik pulak nak tengok meow. So mama, lets go!



Kesian adik tak dapat join sebab tak cukup umur hehe
Ramai jugak peserta
Pertandingan mewarna diadakan di bahagian luar stadium, bawah khemah. Cuaca agak redup selepas hujan pagi tu. Saya tinggalkan anak-anak sekejap dan masuk ke dalam stadium tertutup untuk melihat pula pertandingan kucing.

Penganjur tengah set up 



Penganjur tengah set up semua and peserta pun kebanyakannya baru sampai untuk mendaftar. Semua tengah masukkan kucing masing-masing dalam cage yang disediakan. Saya keluar sekejap tengok anak-anak dah siap ke belum mewarna.



Emmm...bolehlah nak daripada tak mewarna langsung haha. Settle anak-anak hantar lukisan semua terus masuk dalam stadium balik.












Comel kan kucing tu semua! Tak dapat nak snap semua gambar kucing yang bertanding. Kami pun tak tengok pertandingan tu sampai habis, tak tau yang mana menang. Anak-anak mintak keluar nak tengok ular. Dalam stadium pun masa tu dah mula ramai orang so kami pun keluar.

Taraaaaaaa!!!
Aktiviti terakhir sebelum balik rumah! Yeay dapat jugak jumpa ular! Tapi tak cukup genglah hehe. Kakak tak mau bergambar dengan ular, geli katanya. Jom balik!!!

Sunday, 20 December 2015

Hikmah Makan Dalam Dulang

Belum terlambat rasanya untuk mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian. Mulakan saja bila masa kamu mahu. Bila ada anak ramai ni memang pening dibuatnya dengan macam-macam kerenah. Bertelagah, menyakat sana sini, kejap baik kejap bergaduh. Apapun air dicincang takkan putus, begitulah asam garam kehidupan adik beradik. Semoga mereka terus membesar dengan baik dan menjadi anak soleh/solehah.

Saya mulakan kali ini dengan cara makan di dalam dulang untuk anak-anak, bukan anak-anak saja malah untuk saya sekali. Kalau sebelum ni saya biasa makan nasi ambeng bersama dengan suami bila dia bercuti, atas sebab nasi tu banyak dan tak mampu nak makan sorang. Bila anak-anak dah membesar rasa nak cuba pulak berterusan makan dalam dulang.



Lauk simple pun okay je tak semestinya kena mewah yang penting air tangan kita tu. Alhamdulillah, permulaannya berjalan dengan begitu baik. Berebut-rebut sikit tu biasalah. Hasil yang jelas nampak, tiada pembaziran, anak-anak makan banyak. Masa sebelum ni makan pinggan sendiri, selalu aje lauk tak habislah, nasi tak habislah. Bila macam ni, alhamdulillah siap mintak tambah lagi.

Rasulullah SAW gemar berkongsi makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat Baginda. Secara tidak langsung ianya mewujudkan kemesraan dan meningkatkan kasih sayang terhadap sesama Muslim. Selain itu, amalan berkongsi makanan dalam satu dulang juga dapat mengelakkan pembaziran.

Sabda Rasulullah SAW: “Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan, kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian.” (HR Abu Dawud) 

Friday, 18 December 2015

Selangor Agrofest 17-20 Dec 2015|Stadium Kuala Selangor Part 1


Jom ramai-ramai ke Stadium Kuala Selangor bagi memeriahkan lagi acara Selangor Agrofest 2015 yang sedang berlangsung dari 17-20 Dec 2015. Masuk adalah PERCUMA! Pelbagai aktiviti menarik diadakan di sini. Saya sempat ke sini pagi tadi dan insyaAllah akan ke sini lagi pada hari penutup. Jom layan gambar dan tengok apa yang menarik di sini.













Sampai saja anak-anak terus menjerit nak tengok lembu!!! Haha! Ini memang tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak beriadah. Oh ya, kalau nak bermain dan memberi makan arnab tu kena bayar ya. RM3 seorang + percuma sepeket carrot. Kanak-kanak bawah 2 tahun masuk percuma. Anak saya memang semua suka rabbit.












Di bahagian perikanan pun best siap ada penyu lagi. Masa saya pergi sedang diadakan pertandingan memancing udang galah.












Saya paling suka bahagian Jabatan Pertanian. Rasa best aje tengok sayur tu semua. Saya ni kalau tanam apapun selalunya tak sempat membesar dah mati. Sedih!



Iya, aiskrim diberikan secara PERCUMA bukan saja untuk kanak-kanak malah untuk orang dewasa. Sedap! Saya doakan perniagaan mereka terus maju dan diberkati. Moga terus dimurahkan rezeki. Mari kita tengok aturcara majlis sehingga hari penutup.

Selangor AgroFest (SAF) 2015

》17-20 Dis 2015
》Khamis hingga Ahad
》Perkarangan Stadium Kuala Selangor.

Program2 Utama:
Pameran Pertanian / penternakan / booth2 agensi / gerai2 jualan/

17 Disember (Khamis)
=================
1) 10.00pg - Juara Chef Selangor

2) 8.00mlm - Sembang Santai Selebriti
Panel:
- Ustaz Zamri Zainuldin
- PU Merico
- Bunyamin Omar

18 Disember (Jumaat)
==================

3) 10.00pg - Tanyalah Ustazah Bersama Ustazah Zawiah & Salima Habibi

4) 3.00 ptg - JELAJAH PIALA MALAYSIA @ SAF 2015

Persembahan Rakyat (Tarian Singa dan Gendang India)

5) 5.00ptg - Majlis Penyerahan Skim Mesra Usia Emas Daerah Kuala Selangor

6) 7.30 malam - Kuala Selangor Berselawat (

7) 9.00 mlm - Tazkirah + Busking (Tazking)
Panel:
- Ustaz Yusri Karim
- UNIC
- Ijam Medicine
- Buskers Assalam

19 Disember (Sabtu)
=================
8) 9.00pg - Treasure Hunt 'Cabaran Pertanian'

9) 10.00pg - Sembang Usahawan Muda

10) 2.00ptg - Majlis Perasmian Oleh YB. Hj. Zaidy Abdul Talib
(Persembahan silat)

11) 5.00ptg - Persembahan Rakyat
(Kompang 3 / Marhaban barzanji)

* 2.00 pm - 6.30 pm Pocket event
🏽 Motor berhalangan kon ( time attack)
🏽 Sepak raga bulatan

12) 5.00ptg - Demostrasi Bomba & PDRM

13) 8.00mlm - Konsert Gua Rock, Aku Pop...
Artis:
- Mel Wings
- Adam Corrie
- Ustaz Robby
- Ustaz Kamil Sidek

20 Disember (Ahad)
================

14) 8.00pg - Saf Fun Ride @ Kuala Selangor

🏼Tarik tali (7 sebelah)

15) 9.30pg - Pertandingan Kucingku Peringkat Negeri Selangor.

16) 9.30pg - Pertandingan Mewarna

17) 11.00pg - Kuliah Dhuha Bersama Sahibus Samahah Dr. Zolkifli Albakri (Mufti Wilayah Persekutuan)

18) 2.00ptg - Celoteh Dapur Bersama Ustaz Halim Hafidz & Chef Mohd Zain 'Membina Ummah Bermula Dari Dapur'

*2.00 pm- 🏼Pertandingan Motor lambat

19) 4.00ptg - Back to School

20) 5.00ptg - Pesta Makan Buah-Buahan Tempatan & Produk Pertanian Negeri Selangor.

(MAJLIS PENUTUP)



InsyaAllah kami akan datang lagi pada hari penutup nanti. Jom semua datang beramai-ramai!